TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, May 6, 2013

SAYA SUDAH MENGUNDI


Salam Semua...


akhirnya saya sudah mengundi sebagai rakyat malaysia saya telah memilih ! @#$%^&*(()*

disebabkan hubby kerja semalam lewat juga saya keluar untuk mengundi jam 1.15 petang baru keluar rumah tengok pulak kat langit cuaca mendung nampak macam nak hujan lagi resah. bawa aeish saja ke tempat mengundi anak-anak yang lain tinggal kat rumah

saluran 5 tempat mengundi saya dan hubby, masa mula-mula masuk kawasan sekolah hati berdebar-debar bila tengok ramainya anggota polis yang berkawal dalam hati berdoa janganlah berlaku kekacauan atau huru hara seperti di gembar gemburkan sebelum ini

lega bila tiba di pintu saluran 5 saya orang no. 3 yang beratur jadi tak lamalah berdiri, masa nama dipanggil ok lagi serahkan I/C tengok muka dengan I/C ngam pergi pula untuk calitkan jari boleh menggigil pulak tak tahu kenapa, masa pangkah tengok 2 kali akhirnya saya sangat lega sebab telah mengundi



terlupa jari dicalit habis kotor baju sendiri, jari sebelah pun kena tempias juga, sangat kotor



masa ini jam 6 petang masih ada kesan lagi (jari hubby dan nur)





saluran mengundi telah tahu lebih awal sebab dapat surat ini yang dihantar kerumah




p/s - tahniah buat BN...
rasa mengantuk mood kerja kurang sebab semangat untuk ketahui keputusan pilihanraya tidur jam 2 pagi

9 comments:

With Julia said...

Ya Allah...kita dekat lah dear...ju duk selayang tp mengundi kt GOmbak setia heheh...leh jumpa akak nih nanti tmn batu muda tuh selalu ju lalu :)

Qhaifa Nur said...

- (With Julia)

memang dekat, tak sangka juga...

Kakzakie said...

Dah laksanakan tanggungjawab lega cuma kalau calon pilihan kecundang rasa tak selesa Nur...

Qhaifa Nur said...

- (Kakzakie)

betul tu Kakzakie...tempat Nur PKR menang lagi, aduh sedihnya...

Tina Othman said...

Saya ngundi pg smlm, beratur panjang

Rinna said...

Selamat dah semuanyaa yer..

Khai♥Rin : anies said...

dakwat da hilang ke kak? ;-)

Kesuma Angsana said...

dakwat KA hilang dlam sehari je !

Ya ALya said...

Alhamdulillah...yg ya undi dua2 menang....