Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Wednesday, May 22, 2013

KOLEKSI KERETA KEBAL



Salam Semua...


Afnan : mama jom tengok bilik pakcik
Mama : mama dah tahu banyak barangkan
Afnan : taklah ada banyak kereta kebal


Mula-mula saya tak dapat bayangkan mungkin kereta kebal bersepah kat lantai kot. Kalau nak tahu adik hubby ni baru tamat pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sg. Besi dan juga telah ditauliahkan Leftenan, tempat kerja dah tahu nun di Sarawak sana




Sekarang tengah asyik kursus sana sini nak jumpa pun susah hingga anak buah yang 5 orang ni rindu-rinduan pada pakcik.

Dengarnya 1, 2 tahun ni kena kursus kat Semenanjung lepas tu baru stay kat Sarawak. Terbang ke Sarawak kami semua yup nanti, bestnya

Berbalik pada citer kereta kebal tadi akhirnya saya pun melangkah masuk ke bilik adik hubby di tingkat atas terpegun sekejap bila tengok banyaknya koleksi kereta kebal tersusun rapi dalam rak yang di buat. Raknya pula cantik sekali, menurut MIL baru buat ni dan dah pesan pada cucunya tengok boleh tapi jangan usik. Ribuan ringgit telah dihabiskan untuk membeli koleksi kereta kebal ini. Kalau dah minat berhabis pun tak kisah kan..kan..








masih ada kosong lagi, lepas ni pasti penuh...




inilah tuan punya koleksi kereta kebal tu
Khairil Erfhan Farhan Bin Taha


17 comments:

lieyalatif said...

perghhhh...telopong lieya tgk kak...ni betul2 minat gile2 ni kak...byk dah koleksi...mmg sayang la kan kak.....pandai n teratur jek die susun...

kalo boboy tgk mmg geram kak...naluri lelaki kan suke bende2 ganas gini...kak nanti update lagi bile dah penoh ye kak..suke plak lieya tgk...

Tie HT said...

bagusnya, jadi muzium kereta kebal.unik :)

dear anies said...

uiiii peminat tegar kereta kebal ni..

p/s kak, kalau x keberatan, bleh bg emel add. akk? tqvm

ct rahani said...

wah betul2 minat nih.. cantik kak tersusun camnih.. klu anak lelaki mmg minat la benda2 camnih..

Mun said...

wooooww..bnyak jugak koleksinya....

Qhaifa Nur said...

- (lieyalatif)

akak lagi terpegun lieya...
nanti dah banyak akak update ok...

- (Tihara)

dah askar..minat ke situ juga..

Qhaifa Nur said...

- (KhaiRin : anies)

dah bidang dia anies..

p/s - dah beri emel add..check blog ok

- (ct rahani)

memang tersusun, konpom anak buat tak bole ambil satu...

Qhaifa Nur said...

- (C.M.A @ CikMoonAdnan)

wooooowww, banyakkan...
percaya tak ha..ha..

norhidana said...

wahhhhhh rak dia pun lawa kak.... mmg tak blh bukak mcmtu je pintu blik tu, tkt anak2 buahnyer bt main lak... kalu ada knduri kendara pun kene kunci...dpt si panjang tgn abis sume...

Unknown said...

memang byk stok kete kebal ni..blh wat collection kjna..

syariza09 said...

wahhhh...banyaknya..kalo dh minat mmg mcm ni kan..sronok budak2 tu tgk

Unknown said...

wow!! anak Queen suka kereta kebal. kalo dia dpt tgk byk cmni mst dia suka n mst nkbbawa balik.. hehehe

dalila said...

banyaknya koleksi!

wahida said...

wow!! boleh bukak muzium ...

mcm kat penang tu kan, drp hobi tu boleh jadik duit sbb kumpulkan toys banyak2, bukak toys museum...

sepupu saya pun ada sorang belajar kat situ kak...bakal leftenan gak tu...

emarieys said...

wah, cantik susunan koleksi kereta kebal tu....mesti jenis orang yang cermat ni

aizamia3 said...

pasti tiap satunya ada kenangan yang tersendiri.. ;)
kemas tersusun diraknya..

BERT said...

mak ai bnyaknya... kalau dah minat mesti nk kumpul bnyak2 hehe