Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, May 30, 2011

BERDIKARI WAHAI ANAK MAMA.....

  First time tinggal anak-anak 3 orang kat rumah hari ni sempena cuti sekolah kali ni. Rasanya inilah waktu yang terbaik bagi aku dan suami melihat anak-anak berdikari dan menguruskan diri sendiri. Aku tak risau sangat along dah besar 9 tahun.

  Pukul 5.30 pagi bangun masak nasi goreng, nugget, goreng telur siap bancuhkan air teh lagi..risau anak-anak tak makan nanti. Itulah kasih sayang ibu pada anak-anak macam tu lah agaknya mak kita menjaga kita dulu.Kini baru aku rasa.

 Ini belum lagi kisah call mereka kat rumah tak terkira rasanya setiap 1/2 jam call tanya khabar. Amzar 5 tahun boleh tanya "kenapa mama asyik call alang ni". Mama risau la...tergelak aku sendiri.

  Suami balik dari kerja pukul 3.00 petang terkejut dia, rumah macam  tongkang pecah. Tak kisah le bang janji anak-anak selamat nanti di kemas. Esok tak tau apa kisah pulak.....

Friday, May 27, 2011

RINDUNYA.....


  Rindunya pada mak (Hajah Siti Rahanah Dahalan)...semoga mak selamat berada di sana sebab menunaikan umrah, dah 4 hari mak pergi..terasa rindunya. Sekarang ni tengok mak makin aktif dengan persatuan, pergi melancong lawat sana sini. Tak kisah le asalkan mak bahagia.

  Ada juga kisah sedih yang berlaku bagi keluarga mertua aku..adik iparku divorce...tiada persefahaman katanya, yang menjadi mangsa anak..bila dah berlaku pada keluarga terdekat tempias sikit-sikit kena dan terasa juga malah jadi pengajaran pada diri ini..maklum le aku menantu sulung kat sapa nak luahkan isi cerita pada aku dan suami....semoga ada hikmah disebalik semua ini..amin..amin.

Sunday, May 22, 2011

Tanduk Rusa Punya Cerita....


  Dah lama nak story tentang tanduk rusa ni..asyik lupa memanjang, ada cerita disebaliknya....

  Tanduk Rusa ni dibawa dari Kota Gelanggi 2, Pahang masa tu keluarga mertua menetap di sana sewaktu ayah mertua jadi Pengurus Felda....diambil selepas bersalin anak sulung 9 tahun lepas. Plan hari tu balik sekejap je sebab dapat mc 2 hari demam lagipun due date 2 minggu lagi..

  Esok pagi bangun dah keluar tanda, last-last bersalin juga kat sana Hospital Jengka so aiman jadi anak orang pahang la...biasa le bila kita dah masuk kawasan felda ni banyak benda unik kita nampak kebetulan pokok ni jarang kita jumpa di bandar nur ambil sebagai kenangan tup..tup dah 9 tahun membelanya.

 Uniknya pokok ni daunnya akan menjurai ke bawah dan dalam simpanan ada 2 jenis  daun halus dan daun kasar. Sepanjang membelanya tiada perkara aneh berlaku kan banyak mitos kita dengar tentangnya almalkumlah ia kan tumbuh dalam hutan.


                                                                          daun halus


                                                                         daun kasar

  Daunnya yang hijau sejuk mata memandang.....

Monday, May 16, 2011

Cerita Hari Isnin...

  Alhamdulillah selesai sudah kenduri semalam semoga mak selamat pergi dan balik umrah 24hb Mei...

  Sepatutnya kat opis pagi ni de orang dari KPDN nak datang, order la macam2 kuih last-last x jadi pulak apa lagi makan le kami orang..tengah makan kak amy cakap tengok tu bos bangunan depan ( Wisma Ekovest) dah sampai, ingatkan naik kereta ke rupanya naik helikopter, terperanjat kami semua bukannya apa dah lama kerja kat sini x tau bos tu naik helikopter..siap tunggu lagi helikopter tu naik balik nak kepastian lah..dia naik betul la..keh..keh kami semua ketawa.

  Dalam masa tu mula le cerita kan bagus kalau bos kita ada helikopter cepat hantar tender, cepat pergi sana sini..ha..ha..banyak duit bos.

Friday, May 6, 2011

Hati Sayu di Ulu Bendul

   Selalunya kalau baca kisah-kisah cam ni biasa je bagi aku tapi tragedi di ulu bendul ni hati jadi sayu, hiba , sedih dan banyak lagi le berulang kali le aku baca...mungkin sebab anak-anak ini sebaya dengan anak-anak aku..

   Comelnya anak-anak kecil ini..mukanya tenang, tuhan lebih sayangkan mereka al-fatihah untuk anak-anak ini...mungkin boleh dijadikan iktibar atau langkah berjaga-jaga untuk semua jika pergi ke tempat seperti itu.

 
  Petikan ini paling menyentuh perasaan naluri seorang ibu......


  Boleh dibayangkan kini perasaan ibu mereka anak yang disayangi direntap sekali 3....perkataan yang diucapkan ini pasti akan kita katakan jua bila berlaku kepada kita semua...

 Semoga mereka tabah dengan dugaan ini...

Tuesday, May 3, 2011

Cuti 1 Mei yang padat ........

      TQ to my family sebab sambut bufday afnan 3 tahun (29/04/11)..walaupun afnan x mengerti apa-apa lagi tapi hati ini bersyukur sebab mereka x lupa sambut bufday anak-anak aku..

  Malam tu juga siap- siap nak balik umah mertua puchong aja, ada majlis juga keluarga pak long dari pasak bertandang kat umah mak untuk menghantar anak buahnya bertunang dekat je kat Wangsa Maju...he..he..penat macam-macam yang nak dimasak..rasanya nak duduk berehat pun x dapat ada je kerja yang nak dibuat uuuuu mengeluh sesaja.Yang peningnya gegirl aku asyik kena usik je dengan rayyan, kalau gurau manja x pe le ni siap cakau dan gigit..cian aeish busyuk mama.

 Yang bestnya pagi ahad aku dan suami pergi pasar salak tinggi pukul 6 pagi dah bangun, memang best betul pasar ni macam-macam ada banyak ala-ala kampung jualannya....best giller.

  Badan masih terasa penat yang amat sangat tapi tanggungjawab harus dilaksanakan.

 p/s - nak pergi lagi pasar tuuu...