Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, October 10, 2011

Sukaneka Tadika Amzar



Mana ini ibu bapa tak sampai lagi pun, katanya sukan pukul 8 pagi..ni dah pukul 8.15 pagi. Nasib baik terserempak dengan Cikgu Faizah (guru kelas amzar)

Sukaneka kita bermula pukul 9 pagi nanti, amzar tak gi tahu ke...baru saya teringat patutlah seringkali dengar amzar sebut " cikgu suruh datang bila jarum panjang nombor 12, jarum pendek nombor 9" tulah saya tidak peka dalam hal - hal sebegitu

Nasib baik rumah dekat je, saya pun balik dulu nanti pukul 9 pagi datang balik...eeee balik rumah sempat lagi saya buat nasi goreng...

Apa yang seronok dan best hari tu pada sayalah walaupun tidak banyak acara yang dipertandingkan sekadar 6 acara sahaja, sokongan dari ibu bapa yang berteriak serta menjerit memanggil nama anak masing - masing  yang sedang bertanding cukup menjadikan ia sukan yang meriah



Saya juga tidak terkecuali siapa yang tidak mahu anak kita menang dalam setiap acara yang diwakili tapi yang penting semangat setiakawan perlu ada...selama 3 minggu mereka berlatih inilah hasilnya.....






























24 comments:

::FAIZ:: said...

comel je bebudak tu

Sue @ Nenie said...

Salam...memang seronok bila tgk kanak2 tadika sertai sukaneka...meriahhhhhh

Anna Qawina said...

seronok kan tgk bdk2 main..walau dapat hadiah bekas mknn kecik pon hepinya bdk2..hehe

Tie HT said...

saya paling ske tengok budak2 tadika ni..cute2..kadang2 kelakar diorang ni :)

Acik Erna said...

bertambah seronok bila tengok anak2 ambik hadiah..

wahida said...

menang atau kalah tak penting...yg penting semangat dia dan keberanian dia...

Qhaifa Nur said...

FAIZ FARISH

setuju tu..

Qhaifa Nur said...

Sue @ Nenie

memang seronok, kelakar pun ada..
nak lari pun boleh toleh tengok kawan lagi tu..

Qhaifa Nur said...

Anna Qawina

janji dapat hadiah suka bebenor budak2 ...

Qhaifa Nur said...

Tihara

penuh bersemangat nak bersukan...tp ari tu memang sukan yang simple utk tadika anak..

Qhaifa Nur said...

Acik Erna

semua tau cikgu beri hadiah, maksudnya yang kalah tetap dapat, main acara lain lah, yang senang janji semua dapat hadiah..

Qhaifa Nur said...

wahida

betul..anak saya dari minggu sebelum sukan dah bersemangat...

Unknown said...

seronoknyaaaaaaaa

intan morsalin said...

sronok tgk gelagat ank2 kat skolah kan...makin luas dunia yg ank2 kita nak teroka...kalau bleh nak jer diaorg stay jadi baby...huhuh

ct rahani said...

sonok je anak2 ye.. ibu bapa pun tumpang sonok..

tetiba sy lak yg rasa teruja nk tgk anak sekolah tahun depan.. ngeee..

Qhaifa Nur said...

azam

memang pun...

Qhaifa Nur said...

intan morsalin

banyak cabaran buat mereka di masa akan datang...

Qhaifa Nur said...

ct rahani

saat yang di tunggu pasti tiba..

Mama Gee said...

seronok tgk budak2 bersukaneka..mcm2 telatah yg menghiburkan :)

kella said...

mekacih kak.. =) salam kenal..

Qhaifa Nur said...

Mama Gee

memang menghiburkan....

Qhaifa Nur said...

kella

cama2 kasih...

nadbaptist said...

assalammualaikum..

anak seronok..mak lagi seronok, nak pulak bila anak menang kan..sy dah follow

dwatyKNY said...

comel plak bebudak2 ni.... heheheh