TEMAN ALAM MAYA KU......

Tuesday, September 6, 2011

Raya Ke 2..Makan Belut

eh.eh..raya makan belut, ye k tu..
betul... saya dan family mertua makan belut
seingat saya first time makan belut masa  dalam pantang anak ke 5 sebab caesarean
dah la tak pernah makan tapi dok fikir nak cepat sihat dan sayangkan hubby saya makan jua
ya allah macam ada 1 rasa yang kurang enak masa nak telan, tuhan je la yang tahu masa tu

kebetulan masa raya ke 2, adik ipar gi rumah kawannya kat tanjung karang dan bawa balik belut (dengar tangkap kat sawah)


wah..wah konon tak nak makan..tak sedap la
tapi bila hubby perap dengan bawang putih, halia, serai dll, lepas tu digoreng sehingga garing, tak cukup satu family kami makan.

kenapa sedap pulak, ari tu first makan tak boleh nak telan, sekarang sedap pulak malah anak-anak suka sangat " mama nak belut goreng lagi"

saya agaklah mungkin beza rasanya belut kecil dengan belut besar (yang kecil manis rasanya), masa perap kena lama sikit baru sebati kot

masih terbayang lagi 3 hari kami bertukar menu masak belut (goreng, panggang dan bakar) yang pasti sedap lagi digoreng

1 comment:

mrsboan said...

rasa ngeri nak try belut..ekeke...bestnya dah 5 org anak ye...