TEMAN ALAM MAYA KU......

Saturday, September 17, 2011

Berbudi Pada Tanah...Banyak Hasilnya

Semenjak ayah mertua pencen dari Felda 5 tahun lalu 

Dan berpindah dari Felda Palong 3..... terus duduk di Puchong ni 
Tak duduk diam dibuatnya ada saja kerja yang dibuat untuk isi masa lapang beliau

Beliau minat sungguh bab landskap dan berkebun tau

Sekarang ni pun beliau dah ada kebun (buat kat tanah rizab jalan tepi highway menuju KLIA)

Terperanjat saya baru-baru ni..adalah pergi kebun untuk ambil serai..

Rupa-rupanya macam-macam yang beliau tanam..ya allah semuanya menjadi..yang paling banyak tanam pokok pisang


seronok betul kalau datang sini macam-macam ada

Ni nak cerita sikit saya kalau balik sini pisang goreng, cekodok pisang dan lempang pisang tak pernah miss

Petang semalam dan sarapan pagi ni pun dengan pisang goreng


Berbudi pada tanah banyak faedahnya..

13 comments:

cik hijau purple VS nur faie said...

sedapnya pisang goreng tu ,
dah lame tak makan .
CHP nak sikit boleh ?

Qhaifa Nur said...

kalau dekat puchong boleh juga di pas-pas
banyak tu..he..he..

hafrawiey ozakawa said...

ermm.....best jerk nmpk....done follow here...
followw back:)

Teratak Hami said...

Saya pun suka berkebun tapi duduk rumah sewa, malas skit. Kalau ada pun tanam pokok bunga shj.

Saya pun dah follow sini, jom follow saya :-)

Qhaifa Nur said...

hafrawiey ozakawa

mmg best pun...

Qhaifa Nur said...

Teratak Hami

orait juga tu tanam pokok bunga..
dah follow tau..

Teratak Hami said...

Emm takde pun.... Kat bahagian follower, awak kena klik di "Join this site". Baru empunya blog tu boleh lihat awak.

KaK LimAh Si SupiR said...

wahhhh..bgs ny..syok ny kalo menanam n semua menjadi ^_^

Qhaifa Nur said...

Teratak Hami

Nanti akan klik...

Qhaifa Nur said...

Kak Limah Si SupiR

senang nak makan apa??? dan lagi ia fresh...

CT said...

Tadaaaa....Akak dah jd follower :)

Wah! sedap tu pisang goreng, fresh dari ladang lg...:)

MamaEma said...

bapa mertua saya pun suka bercucuk tanam walaupun duk kat bandaraya KL..tepi rumah banyk pokok dan sayuran yg ditanam..tp saya tak boleh cucuk tanam...tanam saja pokok mati..huhu

ZaNa aDieyZa said...

zana kurang suka bercucuk tanam.. tp husband pulak suka... hihihi..

sedapnya pisang goreng tu.. makan bersama iar teh o panas.. layannnnn..