TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, November 11, 2016

CERITA 5 QHAIFA


Assalammualaikum...


Agak lama juga cerita 5 Qhaifa tak dititipkan
Kali ini nak tulis perihal 5 Qhaifa
Kan exam dah habis, result pun dah keluar
Berdebarlah kita ibubapa menunggu
Alhamdulillah dan sangat bersyukur
Dengan perkembangan 5 Qhaifa mama ni
Pencapaian yang amat membanggakan dari anak2


Qhaifa Nur Aiman (Along)



Dok check kat SAPS lambat sgt cikgu nak masukkan
Hai..kat sekolah ramai peminat along ni huhu
Budak tengah meningkat remaja, satu, satu akan dilalui
Tahun depan PT3, kena study lebih ni
Baru ni naik moto dgn kawan terbabas pula
Biasalah pembonceng mmg teruk sikit laa
Luka kat bahagian tgn n kaki
Alhamdulillah, dah beransur pulih



Qhaifa Nur Azeem (Angah)



Ni lagi sorang, dah ada secret admirer rupanya
Kat rumah kalau x de angah ni sunyi gak
Pot pet..pot pet mulutnya berceloteh
17hb Nov..result UPSR keluar...moga berjaya hendaknya
Exam akhir tahun dpt no 4...alhamdulilah



Qhaifa Nur Amzar (Alang)


Tahniah buat alang...
Pertengahan tahun no 1 dlm kelas n darjah
Akhir tahun masih kekalkan prestasi
No 1...dlm kelas n darjah lagiii, alhamdulillah
Tahun depan darjah 5
Orangnya kecil molek aja...tp cute kata kwn2 along hehe



Qhaifa Nur Afnan (Acik)


Acik ni orangnya selamba...hati kering org cakap
Asal balik sekolah suara mesti serak
Rupanya banyak main kat sekolah 
Baju jgn cakap...asal balik sure kotor
Tp alhamdulillah...bab pelajaran sgt membanggakan
Dalam diam...dapat naik ke kelas pertama thn depan
Thn depan dah darjah 3...
2 anak mama masuk kelas first thn depan
Mama kena pantau lebih niiii 



Qhaifa Nurin Aida Aeish (Adik)



Gegurl mama sorang ni
Kejap naik...kejap turun resultnya
Bak kata hubby pangkal dapat, hujung lesap hihi
Kena polish lagi adik niii
Tahun depan darjah 2, kejap dah besar


Apa2pun mama papa tetap bangga dengan result semua...semoga terus cemerlang dan cemerlang lagi, aminnn

10 comments:

Kakzakie Purvit said...

5 permata yg perlu pemantauan lagi ni Nur
Semoga semuanya menjadi insan yg berguna dan membanggakan keluarga

Atie Yusof said...

Hensen dan cantik 5 Qhaifa tu kak... alhamdulillah di kurniakan anak2 yg baik.. moga mereka bisa mendoakan kita nti...:)

hainom OKje said...

Pandai pandai anak Nur. Senanglah Nur, tak payah nak risau sangat. Tahniah ye Nur. Bangga kan!
Memasing punya karekter yg berbeza walaupun dari lerut yg sama.

Norhayati Mohd Isa said...

Tahniah buat Nur..
Anak2 berjaya dgn cemerlang..

Nooriah Abdullah said...

Alhamdulillah Nur
Pandai menjaga permata hati warisan termahal tu
Semoga semuanya berjaya dlm pelajaran dan berjaya jugak dlm hidup nnt

Warisan Petani said...

Semoga jadi anak2 yng berguna.
Didoakan kejayaan mereka dalam bidang pelajaran.
Harap2 Angah dapat 6A.

Puan Kutu said...

Alhamdulillah comey hensem smua anak2 mama..betul tu apa result pun kita bangga..yg penting dah cuba sehabis baik..semoga terus berjaya ye 5 qhaifa

Cho Zila said...

bila dah besarni rasa kejap masaberlalu yer... tapi macam2 perangai yang terpaksa kita hadapi yer.. moga membesar dengan elok semuanya...

dear anies said...

hari ni angah dpt result kan? moga2 beroleh kejayaan yg memberangsangkan... si along tu nmpk sgt dah jd anak bujang kan kak ;-)

Mummydearie said...

4 hero 1 heroin rupanya Nur ada ya. Murah rezeki. Mesti riuh-rendah rumah sampai pening kepala kita ni emaknya tapi yang penting... SERONOK dikelilingi anak-anak!

Oh, yang no.3 tu sebaya anak sulung saya rupanya!

Tahniahlah Nur semua anak-anak cemerlang. Kalau tak cemerlang pun takpa, anak kita juga ^_^