TEMAN ALAM MAYA KU......

Tuesday, September 20, 2011

Apa Nak Jadi Dengan Dunia Hari Ini...

pagi semalam seorang teman opis bercerita kepada saya tentang satu kejadian yang berlaku di depan mata

kisah ragut yang mengerunkan @%$&*??


2 lelaki bermotosikal ingin meragut 1 pasangan suami isteri bersama seorang anak kecil

yang geramnya anak kecil itu dijadikan tebusan dengan meletak pedang samurai dilehernya


si isteri pula kain tudung yang dipakai disentap dengan kasar berharap sesangat ada memakai rantai leher

manakala si suami hanya terdiam kaku, jika melawan akan berlaku kejadian yang tidak ingini

dalam situasi sebegini orang sekeliling hanya mampu memerhati dari jauh mungkin : -

@ ada pedang samurai atau lain - lain senjata
@ sayang akan nyawa sendiri 
@ entahlah susah nak cakap jika berlaku

pasangan dilepaskan sebab dah dapat apa yang dihajati oleh penjenayah

bagi saya di dunia ini hanya insan yang jiwa kental dan apa orang cakap berani mati je yang sudi membantu

semoga ada pembalasan yang sewajarnya dari Yang Esa untuk penjenayah - penjenayah sedemikian

p/s  - pernah juga jadi mangsa ragut dulu2 masa tu dalam bas...esoknya baru perasan wallet hilang
rakan - rakan bagaimana?



15 comments:

MamaEma said...

minta2 dijauhkan perkara sebegini

Ya ALya said...

setakat ni ya tak pernah lagi jadi magsa ragut,tapi kes curi ada la....time blaja dulu hilang handset....

ya dah follow.....

wahida said...

ya Allah...takutnya dgn kes2 mcm ni...nak2 lagi melibatkan anak kecik...mintak kita semua dijauhkan dr segala bencana seperti ni...

salam kenal, terus follow sini...

KaK LimAh Si SupiR said...

kakak kaklimah penah kene ragut dlu lpas balik keje..hbs semua..naseb baek nywa slmt

Qhaifa Nur said...

MamaEma

minta dijauhkan ...boleh trauma dibuatnya

Qhaifa Nur said...

Ya ALya

semua tu dugaan buat hambanya..hilang handset tak pa blh beli baru..

Qhaifa Nur said...

wahida

sapa2 boleh boleh jadi umpan sbb mrk dah terdesak..ya minta dijauhkan juga

Qhaifa Nur said...

KaK LimAH Si SupiR

mak saya pun pernah kena juga, ragut rantai leher dpat sorang sikit, last2 mak lebur ...nasib baik selamat..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

takutnyerr qaifa..linda dah dua kali kena ragut..sedih sangat..tp alhamdulillah xde la sampai anak dijadikan tebusan...

manusia sekarang semuanya nak kaya cepat tanpa nak berusaha lebih..

Diana @ bilakukatacinta said...

seriau dengar kes2 ragut ni....

syariza09 said...

eeeeiiii...kerana duit sanggup derang buat mcm tu ngan budak2 kecik..mmg x berhati perut

Qhaifa Nur said...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny

2 kali kena ragut..nasib baik tak apa apa

mmg pun mrk nak cepat kaya tp menyusahkan orang ramai

Qhaifa Nur said...

Diana @ bilakukatacinta

mmg seriau u...boleh bawa maut kalau tak kena gayanya..

Qhaifa Nur said...

syariza09

dah tak de belas kasihan dah skrg janji dapat..
geram + takut pun ada..

Nur Raihana Abd Rahim said...

family saya baru semalam kena ragut bersenjata.dia letak parang kat leher makcik sy.ayah saya nak tlg kena tetak kat tgn dia.memang jht betul.nak rompak,rompak jelah yg g cederakan org pesal.geram betul!