TEMAN ALAM MAYA KU......

Sunday, August 7, 2011

Sana Sini Semuanya Full


Semalam dalam perjalanan balik ke puchong lalu kat Jalan TAR, jalan jem tension sekejap.

Pandang sana sini semua kedai penuh dengan mereka yang datang tak kira jauh tau dekat nak shopping raya

Sabtu ramai yang cuti, time tu lah nak jalan-jalan. Ahad pula ramai yang berehat sebab penat berjalan semalam jadi tak semeriah hari sabtu.  

Kalau saya cepat datang pening kepala bukannya apa dah le puasa, orang dah le ramai ditambah dengan cuaca yang panas, tak larat..tak larat sebab tu suka shopping lepas buka puasa ada la tenaga sikit.

Yang kesihannya kedai orang jual karpet kosong mesti mereka tension tak de orang nak beli..

Sempat lalu kat CM ramai pulak orang asing (indon la), kat sini kurang lah orang mungkin tempat kurang glamor kot.

Seronok bila kita lihat gelagat orang disekeliling kita macam-macam ragam ada.


p/s - semalam adikku nurul shopping raya yek kat jalan tar ke?

1 comment:

Qhaifa Nur said...

bila la gaknya nah gi shopping ni...