TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, August 19, 2011

Nak Raya Mana Ni.....


Cepat - cepat kita kira puasa tinggal berapa hari lagi...eeee 11 hari lagi.

La ni tengah hot citer pasai buat kuih raya, beli kuih raya dan yang semestinya tengah fikir tentang nak balik kampung. Tak sabor la tu..



Saya senang tak payah nak pening - pening kepala. Bukannya apa family ada kat KL, mertua nun di Puchong. Aha..aaa  dekat saja 1 jam dah sampai...

Yang kurang pada saya anak - anak tidak merasai suasana beraya di kampung, nak buat cam ne dah nenek, wan dan atuknya duduk di bandar, ciannya anak - anak mama.

Ni ada satu lagi citer nak bagitau sepatutnya tahun ni giliran raya kat umah mertua, saya dan hubby dah buat plan baru tahun ni raya kat umah sayalah bukannya apa first raya hubby cuti, second & third hubby kerja lepas tu lamalah sikit duduk kat umah mertua eeee...boleh ke...tak marah ke my mother in law ha..ha..

Yang anak - anak pula nak beraya kat sini..umah mak saya, mungkin mereka membesar di sini, kawan - kawan pun ramai. Malam raya kat sini ada takbir raya umah ke umah itu pun yang anak - anak tunggu..

Tengoklah macamana nanti harap2 semua ok....

p/s - u all semua tahun ni raya kat mana? citer la sikit....