Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, July 15, 2016

SEBELUM RAYA



Assalammualaikum...
Salam Syawal semua...



Sebelum raya banyak kisah yang berlaku....bila dah balik rumah mak lain pula ceritanya....lagi nak raya lagi banyak kerja itu ini nak dibuat...last minit pula mak nak mengecat pagar rumahnya...nasib baik ada hero2 mama





kerahan tenaga...
kata nenek siapa tolong dapat upah haha..
laju la memasing buat kerja
aida aeish pun bersemangat nak tolong



seronok mak su tahun ni ada assistant cilik



besday amzar 4/07/16
suprise dari mak su buatnya...ada kek
angah azeem pun join sekali
besdaynya 17/06/16
lepas berbuka kita makan kek pula




ini yg anak2 tunggu malam raya
takbir raya...malam collect duit raya
malam tu punyalah ramai budak2 datang takbir
aida aeish pestime turut serta...pukul 1 pg baru balik
lepas tu memasing sibuk mengira duit raya



last2 posa dah x tahu nak masak apa utk berbuka
hubby plan nak buat mee kicap
gigih kami laki bini cari barang2, simple aja
kami tak guna mee kuning tapi mee bayam
memang sedaplah mee kicap
2 kali repeat buat tau

Saturday, July 2, 2016

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI



Assalammualaikum....
Salam ramadhan semua....





ramadhan pasti meninggalkan kita...kini syawal menanti pula...semoga kita bertemu lagi di ramadhan akan datang, In Shaa Allah...

Ketika ini saya telah berada di rumah ibunda tercinta, dapatlah merasai kesesakan balik raya walaupun beraya di KL huhu..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN...

Sekiranya ada bicara saya bersama teman alam maya dan pembaca blog saya ini yang terguris hati serta terkasar bahasa...



Ikhlas dari
Khairul, Nur, Aiman, Azeem, Amzar, Afnan & Aida Aeish