TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, June 23, 2011

KETRAMPILAN DIRI



Hari ni nak kongsi mengenai ketrampilan diri. Mungkin ada yang kisah dan tidak. Mungkin dengan ketrampilan sekarang sudah ok buat kita.

Satu lagi benarkah usia kita juga dapat dinilai dari ketrampilan diri?

Benar..sebagai contoh kita lihat pelakon Didie Alias " jangan kita fokus pada seksinya tapi dilihat dari segi imej baru beliau sekarang dari hujung rambut hingga kaki " tak sangka usia dah memasuki 40 an gayanya macam anak dara. Perkara yang baik kita contohi yang tidak elok dihindarkan..

Baru ni saya hantar anak ke tadika ada seorang guru pelatih berkata " amzar cepat abang dah datang" cikgu faezah mencelah itu bukan abang dia, itu papa dia la.. tergelak kat situ

Dari ketrampilan yang ada pada kita hari ni dapat orang menilai. Bukan nak cakap apa my hubby ni jenis orang yang menjaga ketrampilan diri. Eh..eh..tak boleh jadi ni aku pun kena jaga imej walaupun dah ada 5 orang anak.

Sekarang ni fesyen pun dah bertukar ganti dah moden, nak dengan tidak je kita buat. Ini untuk kebaikan diri sendiri juga.

No comments: