TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, November 28, 2016

INI PASTI


Assalammualaikum...


Bila tiba cuti sekokah hati mulalah berdebar...dalam pada tu menghitung hari lagi....memang dah jadi perkara wajib bila cuti sekolah anak2 akan balik rumah mak...so tinggallah mama n papa terkulat2 kat rumah huhu

Confirm 27hb -29hb Dis ni...adik ku Shikin (mak lang) akan bawa anak2 ke Melaka...mak pula akan ikut adik lelaki saya bercuti ke Melaka juga so jumpalah kalian semua disana yup.... 

Dari Melaka balik terus rumah nenek kan so sebulan la anak2 duduk berehat kat rumah nenek...yeayyy sukalah korang tahu dah

Lagi berdebar bila mak dah telefon nanti packing baju cucu2nya tau...biar bawa lebih sikit huhu

Aduhai sunyi sepi lah rumah mama nanti...sebulan la mama simpan suara ni kiki




Semoga mak dipermudahkan segalanya buat mak...amboi lepas balik dari Melaka nak ke Kuala Selangor pula....jalan lagi

Moga nenek tabah dgn kerenah 5 Qhaifa mama ni...



p/s - petang jumaat adik (mak su) dah dtg rumah nak bawa 5 Qhaifa bercuti kat kg (rumah mak huhu)...Ya Allah boring bosan sunyi semua adalah...


Friday, November 25, 2016

CERIA, BAHAGIA, SEPI


Assalammualaikum...


Hari ini dah last sekolah...anak2 tak sabar nak gunting rambut woii...rambut sempena cuti sekolah dan berjalan laaa


Alhamdulilah, selesai sudah hari anugerah cemerlang bagi tahun 2016...majlisnya semalam 24hb Nov

Kali ni turn Azeem dengan Amzar pula naik pentas

Tahniah Amzar atas kejayaan no 1 dalam kelas dan darjah ..moga tahun depan ada rezeki lagi, aminnn



Kan pernah citer kat sini, famili hubby ada bela seorang burung nuri...bela hampir 5 tahun dah...ambil pun sebab cedera

Dirawat rapi dan dijaga elok oleh keluarga mertua...menyeri rumah la dengan mulut becoknya

Tapi kini cinta (nama diberi)  tiada lagi, hilangnya tak dapat dikesan..kosonglah sangkarnya kini

Akibat terlupa nak kunci pintu sangkar lepas diberi makan...cinta dapat keluar n terbang la...tak de rezeki nak pelihara cinta lagi..terasa sunyi betul rumah mil...


Monday, November 14, 2016

KENDURI KAWEN LAGIII


Assalammualaikum...


Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kami
Dapat hadirkan diri kenduri kawen adik sepupu saya
Hafiz Ali bersama pasangannya Nor Ain
Yang ini disebelah famili arwah abah
Selalunya kenduri disebelah sini jarang2 saya hadir
Hubby kerjalah...anak2 de program kat sekolah laa

Majlis nikahnya 12hb nov 16
Di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak
First time masuk masjid ni
Yang pasti lengkap dgn dewan nikah, dewan makan dll



12hb Nov 2016 (Sabtu)


Majlis nikah jam 10 pg...9.40 pg baru keluar rumah..15 minit aja dr umah mak ke masjid tu


Sebelum akad nikah dijalankn kadi telah beri tazkirah kpd pengantin dn hadirin yg hadir tentang hukum nikah...supaya dpt eratkan lagi hubungan yg telah sedia terjalin...Hafiz dinikahkn oleh bapa pengantin pompuan


Pengantin pompuan Nor Ain sabar menanti 


Alhamdulillah, dgn 3 x lafaz...Hafiz dah bergelar suami
Ibu pengantin lelaki (mak andak)..adik arwah abah saya
Mak andak ada 5 ank lelaki, untung Mak andak ya terima menantu pompuan aja laaa


Mak sempat lagi foto bersama pengantin baru


Ini Nazri ank sulung mak andak...ini kenduri kawen ke 2 dlm famili Mak andak...Hafiz anak ke 3 Mak andak




13hb Nov 2016 (Ahad)



Majlis kawen dibuat di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2, KL...tak jauh dr rumah mak




Sama cantik sama padan, tahniah buat adik sepupuku Hafiz Ali n Nor Ain..moga berbahagia till jannah, aminnn




Mak cik n kakak sepupuku...ramai famili dtg dr Perak


Prop yg sentiasa ada di kenduri kawen, apa lagi kami tak lepaskan peluang bergambar


Gelagat anak2 buahku yg time ni tengah sporting gitu Afiqah n Aqilah adiknya


Kerja hubby la ni minta mak pegang ini...single n available


Bersama Ratu Hatiku Siti Rahanah Dahalan


Loving couple till jannah, aminnnn


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar...kenduri kawen belah lelaki n perempuan digabung bersama...makanan yg disediakan sedap2 belaka...senangkan kenduri dibuat bersama jimat masa n perbelanjaan juga

Friday, November 11, 2016

CERITA 5 QHAIFA


Assalammualaikum...


Agak lama juga cerita 5 Qhaifa tak dititipkan
Kali ini nak tulis perihal 5 Qhaifa
Kan exam dah habis, result pun dah keluar
Berdebarlah kita ibubapa menunggu
Alhamdulillah dan sangat bersyukur
Dengan perkembangan 5 Qhaifa mama ni
Pencapaian yang amat membanggakan dari anak2


Qhaifa Nur Aiman (Along)



Dok check kat SAPS lambat sgt cikgu nak masukkan
Hai..kat sekolah ramai peminat along ni huhu
Budak tengah meningkat remaja, satu, satu akan dilalui
Tahun depan PT3, kena study lebih ni
Baru ni naik moto dgn kawan terbabas pula
Biasalah pembonceng mmg teruk sikit laa
Luka kat bahagian tgn n kaki
Alhamdulillah, dah beransur pulih



Qhaifa Nur Azeem (Angah)



Ni lagi sorang, dah ada secret admirer rupanya
Kat rumah kalau x de angah ni sunyi gak
Pot pet..pot pet mulutnya berceloteh
17hb Nov..result UPSR keluar...moga berjaya hendaknya
Exam akhir tahun dpt no 4...alhamdulilah



Qhaifa Nur Amzar (Alang)


Tahniah buat alang...
Pertengahan tahun no 1 dlm kelas n darjah
Akhir tahun masih kekalkan prestasi
No 1...dlm kelas n darjah lagiii, alhamdulillah
Tahun depan darjah 5
Orangnya kecil molek aja...tp cute kata kwn2 along hehe



Qhaifa Nur Afnan (Acik)


Acik ni orangnya selamba...hati kering org cakap
Asal balik sekolah suara mesti serak
Rupanya banyak main kat sekolah 
Baju jgn cakap...asal balik sure kotor
Tp alhamdulillah...bab pelajaran sgt membanggakan
Dalam diam...dapat naik ke kelas pertama thn depan
Thn depan dah darjah 3...
2 anak mama masuk kelas first thn depan
Mama kena pantau lebih niiii 



Qhaifa Nurin Aida Aeish (Adik)



Gegurl mama sorang ni
Kejap naik...kejap turun resultnya
Bak kata hubby pangkal dapat, hujung lesap hihi
Kena polish lagi adik niii
Tahun depan darjah 2, kejap dah besar


Apa2pun mama papa tetap bangga dengan result semua...semoga terus cemerlang dan cemerlang lagi, aminnn

Thursday, November 3, 2016

MASUK KILANG SUSU


Assalammualaikum...

Keluar Felda Ayer Hitam kami terus menuju ke sini...kilang susu segar...kilang ni x jauh dari Felda Ayer Hitam...ini kali ke 2 singgah umah atuk hubby...masa tu ank2 kecil...kini kami dtg lagi

Akhirnya impian hubby nak bawa anak2nya masuk kilang susu segar tercapai...kilang susu segar ini diusahakan oleh kakak sepupu hubby Kak Long Yot 

Kilang susu segar ini disewa oleh kakak sepupu hubby dan diduduki di dalam Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu, Kluang....dah 16 tahun ia beroperasi...dan hasilnya dipasarkan di sekitar Negeri Johor malah ada diluar Johor juga

Kalau kat sini susu segar ni dah terkenal...


Dari jalan besar dah nampak tanda nama ni, konpom inilah tempatnya...almaklumlah pestime dtg sini


Tiada rezeki buat kami utk melihat pemprosesan susu segar dibuat kerana semua kerja buat susu segar dilakukan diwaktu pagi

Kami tiba sini jam 3.30 ptg...kilang hampir nak tutup...tak apalah janji anak2 dpt masuk kilang susu...

Dapatlah tgk satu, satu mesin susu segar...satu pengalaman baru bagi kami semua, selalu beli susu kat kedai aja huhu


Silalah tengok wahai anak2...inilah dia mesin proses susu ok...sorang2 dok perhati...kilangnya dijaga bersih...mestilah kualiti mesti dijaga


Sebelum tu saya tanya Kak Long Yot bole ke nak ambil gambar, boleh silakan, alhamdulillah...


Kak Long Yot owner kilang susu ni (pakai tudung kaler biru tuu) baik orangnya peramah juga...

Kilang ini diusahakan Kak Long Yot 4 beradik...semuanya perempuan tau...yg berdiri tu salah seorang adiknya...semua urusan kilang diuruskan bersama


Yeaay susu segar dah sampai...ada coklat, jagung n stoberi

Yang bestnya susu segar ni pure tiada bahan pengawet hanya ada gula dan perisa saja...tiada campuran seperti susu segar diluar sana...sini fresh lagi

Yang bestnya lagi ada susu segar perisa jagung tiada ditempat lain, sedap sangat2...stoberi n coklat mungkin kita pernah rasa...minum pula sejuk2 alahai teringat hingga kini 


Anak2 dgn susu segar x dapat dipisahkan...memang fev anak2...yg kelakar hubby x minum air susu...mamanya ok semua bole masukkk


Tempat simpanan susu segar...berlari anak2 nak tgk...sejuk tau...nasib baik Kak Long Yot ok


Sebelum balik KL, kami beli susu segar 30 botol semuanya...kalau kat kedai susu segar dijual RM 2.50 sebotol...cubalah rasa sedap sangat...tq 

In Shaa Allah, lain kali kami datang sini lagi dan bolehlah tgk cara2 susu segar dibuat tapi kena datang pagi okkk


- Kenduri Johor (Part 4)









Tuesday, November 1, 2016

FELDA AYER HITAM


Assalammualaikum...

16hb Okt...dari Kulai kami bertolak balik...dapatlah tengok suasana hr minggu di Johor (mcm hr isnin di KL) byk kedai2 yg buka...

Nak bagi ank2 merasai suasana kg...hubby pun menyusuri jalan2 kg...jumpalah kwsn pantai...plan nak ke Ayer Hitam (tempat kelahiran FIL)..salah 1 impian hubby nak tunjuk rumah atuk sebelah abahnya kpd anak2 

Alhamdulillah, akhirnya jam 2 ptg kami pun sampai ke Felda Ayer Hitam...cantik sangat view felda ni...masuk2 dh jumpa ladang nenas 




Inilah rumah atuk hubby sebelah abahnya...hampir 100% telah diubahsuai...rumah ini diduduki oleh adik FIL (pak alang Roslan)

Jarak rumah dgn pintu masuk felda x jauh...senanglah nak cari...pak alang ada usahakan ternakan kambing tp sayang kami x dpt tgk...jauh tmpt ternakannya...lps ni nk order kambing senang dah


Kawasan berandanya luas...senang adik beradik nak berkumpul nanti kata pak alang



Pilihlah ank2 nak duduk mana...welfie jappp

Tak lama kami kat sini...lepas dijamu karipap panas dgn teh o...kami menuju 1 tempat yg istimewa....salah 1 impian hubby bila dah sampai sini iaitu nak bawa anak2 masuk kilang susuuuuu

- Kenduri Johor (Part 3)