TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, July 28, 2016

AKTIVITI RAYA 1


Assalammualaikum...
Salam Syawal semua...



Sebelum puasa adik lelaki yang kerja kat Celcom tu dapat tiket separuh harga ke Legoland...tengok tarikhnya 22/7 - 24/7 yakni 2 minggu lepas raya gitu

Saya sekeluarga memang tak ada plan nak pergi la...mungkin lain tahun In Shaa Allah...adik lelaki saya ajak mak pergi..yang 2 lagi my adik tak tahu lagi nak pergi tau idakk

Sekejap aja masa berlalu...tup tup mereka semua nak ke Legoand...siapa?????

Famili adik lelaki, mak n 2 adik la..anak saya 3 orang saja yg ikut...mertua adik lelaki, famili adik ipar saya 2 keluarga + mak mertua dan sorang makcik mereka

Nak gi tau kenapa 3 anak saja yang ikut...sebab anak saya no 2 ada trial UPSR 25/7...so memang kena tinggal la...tak kan angah azeem nak tinggal sorang, adik kenalah jadi peneman angahnya huhu



Ceria muka memasing nak ke Legoland..lebih2 lagi mak saya..adanya cucu2 disisi..sakitpun ditahan, ya makkk



Kat sini mereka akan bermalam...ini kali ke 2 anak2 n adik2 check in kat hotel ni, selesa n baru juga hotel ni



Dah tiketnya 23/7...semua tak sabar nak masuk yup...kebetulan pagi tu hujan jap...yang seronok kata anak2 pergi hari raya orang tak ramai mama...bolehlah kami naik or main banyak kali...beratur pun tak lama



Semoga mak diberi kesihatan yang baik n boleh jenjalan lagi...kalau ada cucu disisi memang sihat la huhu



Gambar mak tengah bersenam kat hotel tu...yang lain aktiviti anak2 kat Legoland la...seronoknya mama...basah baju memasing kena simbah dgn air



Dinner mereka malam tu, kebetulan ada sorang adik ipar adik lelaki saya...ada abgnya yg kerja kat Singapura...telah turun Johor nak tgk adiknya yg datang Legoland...malam tu semua makanan dia yang belanja...rezeki koranglah



Lepas makan malam, semua jalan2 cuci mata lagi...keesokkan harinya hari ahad sebelum balik KL jalan kat Larkin...bole pula mereka semua singgah makan kat gerai bekas suami pelakon tu, Wan Maimunah...tauke kacang pool tuu...sempatlah memasing tangkap gambar huhu...

Hubby pula cuti sabtu ahad tu...cian kat angah azeem n adik sebab kena tinggal...tak pa kita pun berjalan juga 

Wednesday, July 27, 2016

Mr CENDOL


Assalammualaikum...
Salam Syawal semua...



Dating ber3 je tau...saya, hubby n mak...misi mencari ikan bilis dan seangkatan dengannya dah selesai...last kami isi perut pagi tadi kat rumah mak cu di Teluk Intan

Sebelum sampai Marina Cove Resort singgah kat kg mak ziarah kubur opah atuk kedua belah pihak yakni mak n arwah abah...perut ok lg tak berbunyi huhu

Lepas solat jumaat terus check in bilik...bestnya dapat relaks...mahunya bole relaks, mana bole relaks ok...plan sebelum balik KL mesti beli ikan bilis...harusss


Selepas selesai beli belah kat Lumut, mak pula dah lapar misi jalan2 cari makan la...fev mak sudah semestinya laksa...kata hubby jom try Mr Cendol kat Lumut



pestime singgah
raya ke 3 banyak kedai dah buka tau
mana tak lapar tengok jam dah



Cendol soya pilihan saya, sedappp



Cendol soya campur ais kerim hubby punya
Mak pilih cendol pulut
Kena tunggu lama sikit la
sbb pekerja ramai yg cuti raya
memang sedap cendolnya
hingga kini dok teringat2 lagi tau



Rojak pilihan saya
Hubby mee rojak
Mak semestinya laksa
Semuanya sedap2 laaa



Sedap laksanya kata mak



Licin sebab lapar or sedap ni huhu
Dua2 bole haha

Monday, July 25, 2016

GATHERING RAYA HJ SHUID


Assalammualaikum...
Salam Syawal semua...



Setiap tahun pasti ada perjumpaan keluarga sebelah arwah abah...sebab tu raya ke 2 kami semua berangkat pulang ke Perak...

Tahun ini  turn famili Ayah Co (abang sulung arwah abah) punya giliran...malas nak buat kat rumah kot mereka buat kat Marina Cove Resort Lumut...kami sewa Apartment 2 bilik malam tu..majlis bermula selepas Isyak

Hj Shuib (atuk saya) punyai 7 anak...arwah abah anak ke 2 dalam keluarga...atuk meninggal saya masih kecil lagi...kg atuk kat Lekir, Batu 10 , Perak

Setiap tahun gathering raya Hj Shuib mesti dibuat...time itulah memasing2 bertanya khabar 



Akhirnya sampai juga kami kat sini
Lepas selfie bagai bole rehat jap
Sebelum majlis bermula malam nanti



Kat beranda pun bole la, senyummm



Masing2 kelaparan lepas berenang bagai
Maggi jadi pilihan semestinya
Cepat n mudah huhu




JAMUAN HARI RAYA KELUARGA HJ SHUID



Alhamdulillah...
Tahun 2016 kat sini kami berkumpul
Anak, cucu Hj Shuib




Keluarga Yop Aziz Hj Shuib
(Abg first arwah abah walau lain ibu)
Pestime ke jamuan keluarga
Sambil tu menjemput kenduri kawen
Anaknya bulan Sept nanti
Duduk kat Sentul saja huhu



Keluarga Ayah Co
Hj Hashim Hj Shuib
(Anak Sulung)
Duduk kat Ipoh
Anak cucu semua ada malam tu



Keluarga Hj Abdul Hamid Hj Shuib
(Kami la tuuuu)
Anak ke 2
Duduk kat KL aja 
Anak cucu cukup tahun ni
Semua datang huhu



Keluarga Pak Alang
Yusuf Hj Shuib
Anak ke 3
Duduk kat Shah Alam
Anak ada 4, tinggal 3
Yg dtg anak sulung saja



Keluarga Mak Uda
Pn. Khairiah Hj Shuib
Anak ke 4
Duduk kat Seri Iskandar, Perak
Anak ada 3 org, sorang dh balik KL




Keluarga Mak Andak
Pn. Teh Haniah Hj Shuib
Anak ke 5
Duduk kat Gombak KL
Anak2 mak andak yg jarang kami jumpa
Tahun ni semua balik, alhamdulillah



Keluarga Acu
Hj Ahmad Lokman Hj Shuib
Anak bongsu
Duduk Seri Iskandar, Perak
Anak acu 6, tinggal 5
Semua ada



Lepas makan beratur memasing
Kutip duit raya hihi
Saat yg ditunggu anak cucu Hj Shuib
Tahun depan turn rumah siapa pula
Tungguuuu


Malam tu selepas majlis selesai...saya n hubby berangkat balik KL sebab esoknya hubby dah masuk kerja...anak2 tinggal nak ikut nenek beraya lagi


Friday, July 22, 2016

KE LUMUT KITA


Assalammualaikum...
Salam Syawal semua...



Lepas selfie bagai kat sawah padi...kami menuju ke Lumut pula...Kami ke Marina Cove Resort, Lumut...

Sebelum gathering keluarga malam tu....saya n hubby dah plan mesti singgah Lumut beli ikan bilis mata biru yang ada kat Lumut saja petang tu...rupanya mak nak ikut sekali...jommm

Anak2 tinggal nak mandi kolam laa...jenuh juga nak cari parking kat Lumut ni...ikut nasib huhu...nasib baik tak lama pusing2..ada kosong



Geram tgk ikan masin yg tergantung tu


Kusyuk mak pilih ikan bilis mata biru
Jenuh juga dok tawar menawar



Kalau bole semua nak beli huhu
Geram punya pasai
Kat rumah ikan bilis kejap licin



Hasil borongan kami termasuk ikan bilis


Semasa menuju ke kereta singgah lagi kat kedai taukenya cina...murah tu dari kedai yg kami beli tadi...geram pula rasa huhu...bagus taukenya siap beri penerangan kenapa ikan bilis mata biru mahal harganya

Harga ikan masin kat kedai first tadi...18 hinggit...Kedai ke 2 harganya cuma 8 hinggit tu...mahu tak hot huhu

Apa lagi my hubby borong ikan masin dalam 4 bungkus...murah punya pasai hihi



p/s - selamat bercuti mak n adik2 saya...mereka ke Legoland hari ini hingga ahad...3 anak saya ikut...2 lagi tinggal...sunyi sikitlah rumah minggu ni


Thursday, July 21, 2016

POSING RAYA KAT SAWAH PADI


Assalammualaikum...
Salam Syawal semua...



Kata hubby jom kita selfie kat sawah padi nakkk...dari rumah mak cu di Teluk Intan menuju ke Lumut kami akan lalui kawasan sawah padi yg luas terbentang huhu tak jauh dari Kayan rasanya..

Ramai pula yg berhenti selfie kat sawah padi ni...kami pun ambil kesempatan berbuat demikian...sempat roger2 dgn adik2 kita berhenti dulu..time tu panas terik hihi



senyum mak su nak tangkap gambar



time ni bincang dulu
nak cari pose yg cantik hihi



saya sekeluarga
tgklah belakang tu..luas terbentang sawah padi
indahnya rasa



senyum walau hari panas terik



gaya dr anak2 mama



gigih bawa mak turun ke sawah padi
nasib baik mood baik hihi
jom mak posing sekali



kata mak lang adik saya
ini geng perempuan saja



pose bebas kata mak su, cepat



suka gambar ni kakak n adik
 mesra gitu huhu
puas hati dpt posing2 manja kat sawah padi
ank2 lg suka pestime tgk bendang
dptlah gitau inilah pokok padi
drpnya nnti jd beras
beras inilah yg kita makan jd nasi huhu
ok semua dah fahammm

Wednesday, July 20, 2016

RAYA KE 2 DI PERAK



Assalammualaikum...
Salam Syawal semua...



Tahun ni tahun ke 2 saya dan hubby ikut mak n adik2 beraya kat kg mak di Sitiawan, Perak...selama 15 tahun kawin kiranya baru 2 kali saya beraya kat perak selalunya kat KL saja...

Lepas arwah abah meninggal famili sebelah sana telah tetapkan setiap raya ke 3 dah jadi amalan sehingga kini ada majlis jamuan raya...sbb itulah mak setiap raya ke 2 sure balik Perak...sambil tu boleh ziarah kubur mak paknya selain ziarah adik2nya

Raya ke 2 kami gerak ke Perak pula... tahun ni dah plan masuk kat Tanjung Malim nak elakkan jem kat hiway...tahun lepas kami sangkut kat sungkai...time2 jem tu pulak anak2 nak ke toilet...stress giller huhu



bila dah ada duit sendiri
seronok memasing beli itu ini 
bila singgah kat stesen minyak ya



alhamdulillah....
 2 ptg kami sampai Kg Selabak, Teluk Intan
selalunya bila balik raya kat Perak ni
rumah mak cu adik bongsu mak tempat kami lepak2
lepas beraya rumah pak ngah abg mak pula
kami gerak ke Sitiawan ada majlis istimewa hr tu



kebetulan tahun ni penduduk kg mak
ada buat reunion la, itulah yg istimewanya pun
ramai anak2 jati kg balik, termasuklah saya
saya dilahirkan kat sini tapi besar kat KL huhu
kami sampai lewat reunion dh tamat
sempatlah berposing kat kain rentangnya hihi
apa2 pun kami tetap dijamu
merasalah makan mee kari yg sgt sedapp
serta bubur lambuk



jika tahun lepas dtg rumah opah ni
masih berdiri tegak lagi
tahun ni dtg tinggal ini saja
ikutkan plan rumah ni nak diruntuhkan
dan dibuat homestay
bila pak alang n pak andak (abg n adik mak)
meninggal dunia baru2 ni
semua sepi, inilah yg dpt sya lihat kini
tempat kelahiran saya huhu




Tuesday, July 19, 2016

RAYA KAMI 2016



Assalammualaikum....
Salam syawal semua....


Sukanya bila tengok pic raya rakan2 semua...itulah mood nak menulis macam lemau sikit...tapi banyak yang hendak di bicarakan...perlahan2 lah kayuh huhu

Tahun ni beraya kat rumah mak saya kat KL aja...itulah kg anak2 dan saya...orang tak de kg redha ajalah...tak adalah istilah tempuh jem nak balik raya hihi...rumah MIL dekat puchong aja...lepas salam mohon maaf bersama mak, hubby n adik2...pergi kubur arwah abah terus gerak ke rumah MIL pula

Wajib selfie dulu ok



Selfie kami sekeluarga
pestime saya n aida aeish
berjubah kita dipagi raya tuu


Bersama mak tersayang dipagi raya


anak2 mama senyum ya
sebab lepas dapat duit raya


akhirnya impian anak2 
nak berkurta dipagi raya tertunai
suka tgk anak2 berkurta


adik2 saya bersama mak


amin3...semoga bertemu lagi
diramadhan n syawal tahun depan


Famili adik lelaki saya


papa kherox dgn anak2


mohon kemaafan memasing 0 - 0


turn cucu2 mohon maaf
sambil tu collect duit raya


antara juadah dipagi raya
rendang negori 9, rendang dinding, ketupat
ketupat palas x snap n kuah kacang
biskut2 raya sure ada


lepas salam2 mohon maaf n selfie bagai
kami ke kubur arwah abah n adik no. 4
selesai semua tu kami gerak ke rumah MIL


rendang kerbau bersama maman la
sedap, lembut sangat dagingnya
raya kali ni MIL masak rendang kerbau
kata MIL org berebut beli daging lembu
kita pakat beli daging kerbau
tak payah beratur panjang huhu