Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, February 25, 2016

KE JOHNNY PULA


Assalammualaikum....



Ni citer lepas habis kami main bowling
mulalah perut masing2 lapar
nak makan apa pun x tahu
akhirnya Johnny jadi pilihan

Masuk dalam Johnny lengang
so suara anak2 lah yang bising, sabor ajalah
nak makan itu, nak order yang inilah
akhirnya adik saya yang pilih
diam...mak su order ok

Kebetulan afnan baru baik demam
cubalah bubur nasi, ok gak
kalau makan dengan adik saya
mesti nak order nasi kosong, layan aja



jarang ambil nasi tp sedap juga makan dgn steamboat

Mee yg hijau masa order nmpk sedap tp x habis pun

Amzar order ketiaw sup, yang ni licin

Dah kenyang, jomm balik .....


Tuesday, February 23, 2016

BOWLING - KALI KE 3 MAIN

Assalammualaikum...


Entahlah dulu bila adik2 ajak jom main bowling malasnya nak ikut, sebenarnya tak pandai main haaaa mulalah reka pelbagai alasan tak nak ikut

Selalu anak2 saja yang pergi, bila balik macam2 citer saya dengar bestlah, rugi mama tak ikut

Hati terdetik nak pergi main bila mak cakap ikutlah adik kau tu nanti siapa nak jaga anak2 tuu, itulah ayat syahdu mak pada saya

Sebenarnya mak dah tahu saya bukannya suka sangat nak jalan kat shopping mall ni, dahlah ramai orang pening kepala dibuatnya..baik punya ayat haaa

Tulah kan belum cuba dah cakap tak best, bila dah start main sedap pulak, mula lupa umur dah makin naik main mengalahkan orang belum kawin heee

Tup tup tup ini kali  ke 3 saya main bowling terbaru masa cuti  CNY baru2 ni...balingan yang di baling asyik jatuh aja tuh yang gian nak main lagi, kali ini kami main lama sikit adik bayar lagi nak sambung main patut lama saya rasa kenapa tak habis2 

Tapi memang seronok main dengan budak2 ni banyak ketawa dari main mana tak asyik masuk lubang sesaja lepas tu suka hati anak2 nak baling macamana, yang penting hepi kan anak2 mama

Inilah 2 orang adik kesayangan saya yang rajin benor bawa anak2 saya berjalan lepas tu ikut saja permintaan anak2 nak itu dan ini...



Tuesday, February 16, 2016

SURPRISE DARI HUBBY

Salam

11 Februari 2016 dapat surprise dari hubby

Syukur, Alhamdulillah padamu Ya Allah kerna bulan ini banyak kejutan dan rezeki yang x di sangka - sangka

Memang dah lama nak punyai tab sendiri, selalu dok kongsi dengan hubby dan anak

Akhirnya impian tertunai jua di tahun 2016

Asyik ada halangan bila nak beli, kejap fikir mahal la, baik duit tu guna untuk yang lain la, baik simpan la..last2 tak beli sudahnya

Dalam diam hubby beli juga, lepas ni x payah kongsi dah, tak payah rebut2 hahaha

Terima Kasih Ya Allah....

Wednesday, February 10, 2016

HAPPY BESDAY ALONG

Salam.....

Happy besday along (Qhaifa Nur Aiman Bin Khairul Anuar)

Hari ini 10/02/16 genaplah 14 tahun

Makin besar dah anak mama papa ni, makin ensem gak (kasi puji sikittt)

Besday boy ni demam pulak, kali ini demam teruk juga..x nak makan..2 hari sunyi tiada gelak ketawa darinya

Apa-apapun mama berdoa semoga along diberi kesihatan yang baik, hidup sentiasa diberkati oleh Allah

Wednesday, February 3, 2016

TERBALIK DEK KIDAL

Salam....

Aida Aeish ni nampak kidalnya tegar

Kadangkala makan pun guna tangan kiri, sori terlupa katanya

Kerja sekolahhhh...nasiblah kalau buat kat sekolah dan terus hantar, tulisan terbalik dek tangan kidalnya kadangkala ada juga..dahhhh kena pangkah dengan pen merah cikgu

Sebab tu sekarang kena tumpu lebih kat Aida Aeish ni..kalau mama check salah boleh diejass

Satu lagi bila tengok dia gunting kertas, lurus ke idakkk ni, lain macam pula rasa...lulussss ok

Perlahan-lahan yup adik kita baiki