TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, November 26, 2015

BILA ANAK-ANAK MASUK DAPUR

Salam....

Ini kisah malam tadi

Bila anak-anak masuk dapur haru biru jadinya, kalau boleh semua nak tolong

Memang dari dulu saya dan hubby dah ajar anak2 buat kerja rumah bukan nak senangkan diri saya tapi untuk anak2 jua bila pergi kemana-mana taklah susah, boleh berdikari sendiri

Sekarang ni tumpuan lebih diberi pada along aiman anak sulunglah katakan, umur dah 13 tahun..alhamdulillah along aiman minat memasak

Semalam tengahari papa ajar buat sambal belacan special kat along aiman dan goreng sayur kailan

Waktu makan malam adik2nya suruh along aiman buat lagi sambal belacan tuh, apalagi kecohlah anak2 kat dapur mama

Kata mereka tak ada lauk pun tak apa mama, ada sambal belacan pun sedap..licin

Wednesday, November 25, 2015

13 TAHUN TUNGGU

Salam....

Punyalah lama menunggu akhirnya tiba jua. 13 tahun lamanya

Masa gosok baju uniform sekolah Aeish ni baru saya perasan, masa tu Aeish ada orientasi untuk ke tahun 1 2016 nanti

Ya Allah, selama ni saya dok gosok baju sekolah anak lelaki dan hubby saja, akhirnya impian nak gosok baju gegurl tercapai jua

Rindunya...last gosok baju sekolah pun sendiri punya


Tuesday, November 24, 2015

MEE TARIK WARISAN ASLI

Salam......

Mee tarik satu ketika dulu jadi sebutan sana sini orang dok post gambar

Akhirnya hajat nak makan mee tarik tertunai juga pergi bersama mak dan adik2, sampai saja meja penuh kena tunggu dulu

Restoran ni bersebelahan dengan chatime apalagi anak2 mama terus tarik tangan mak lang (adik saya) shopping dulu kat chatime, haaa sorang 1 mak lang belanja siap extra lagi

Tunggu punya tunggu akhirnya dapat juga meja walaupun makan kat luar, amboi masa order tak ingat nak sorang 1 mee

Sempat saya jeling tengok pekerja tu tarik mee terpegun jap..akhirnya mee tarik sampai nampak sedap tak sabar nak makan bila dah makan masing2 cari air kepedasan...pedas betul cilinya anak2 tak boleh habis..aduh sayangnya mee

Tak apalah ada rezeki nak datang lagi, dah tahu nak order macamana..apa2 pun mee tarik tetap sedap


Friday, November 20, 2015

Tahniah, Amzar Dan Aeish

Salam......

19 Nov 2015 - Majlis Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi Prasekolah

Hadir bersama hubby lagi ke sekolah

Tahun 2014...3 orang anak naik pentas ambil hadiah atas kejayaan masing2

Tahun 2015...2 orang anak naik pentas lagi

Tahniah buat anak mama Qhaifa Nur Amzar di atas kejayaan beliau
- tokoh pelajar 2015
- tempat pertama dalam kelas
Amzar tahun depan naik kelas pertama so kena belajar lebih kuat lagi

Tahniah juga buat puteri kesayangan mama Qhaifa Nurin Aida Aeish dah tamat prasekolah, tahun depan masuk darjah 1

Yang mama tak sangka Aeish dapat anugerah kebersihan terbaik, patut dok citer "mama, adik naik pentas 2 kali"

Apa-apapun mama papa tetap berbangga dengan kejayaan setiap anak2 mama papa

Mama papa sentiasa berdoa semoga anak2 terus cemerlang lagi

Wednesday, November 18, 2015

Alhamdulillah, Nasib Baik Tak Apa2

Salam....

Ni kisah masa cuti deepavali hari tuh

Tak pergi mana pun duduk kat rumah saja...sekarang musim hujan malas nak keluar

Dapat wasap dari group famili saya, mak dan adik2 nak gi mandi manda kat kalumpang hulu bernam gitu

Tempatnya cantik kata mereka itulah selalu kesana, saya tak pernah ke sana lagi

Tengah adik saya nurul drive ada bunyi macam senapang meletup, terkejutlah mak dan sorang lagi adik pompuan saya, nasib baik x laju

Rupanya tayar depan belah penumpang meletup, dalam kelam kabut datang pula sorang mamat ni nak tolong, macam2 lah dia minta suruh beli tayar la

Tayar spare pula tak de angin memang masalah, kenalah adik lelaki saya pusing balik nak tolong

Cakap dengan mamat tu tak palah dah call PLUS jap lagi datanglah... bila PLUS datang sekelip mata mamat tuh terus hilang tak sempat mak nak hulur 10 or 15 hinggit sebab dah tolong...mesti ada yang x betul ni

Kata abang PLUS tu tayar jenis ni (dari Indon) memang bermasalah, ramai yang accident sebab guna tayar jenis ni, lepas ni my adik kena hati2 tau, biar mahal sikit janji selamat

Lewat jugalah mereka sampai, apa2 saya bersyukur mak dan adik2 selamat kalau tidak tak tahulah apa akan terjadi..kata abang PLUS nasib baik adik tak bawa laju kalau tidak berpusing gak

Tuesday, November 17, 2015

Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2016

Salam...

Hari yang ditunggu tiba jua, 14/11/2015 orientasi tahun 1 sesi 2016 dan ujian diagnostik

Pagi2 Qhaifa Nurin Aida Aeish dah siap dengan uniform sekolah

Tengok mood baik dan ceria, ramai ibubapa yang hadir

Sementara anak duduki ujian kami ibubapa telah diberi taklimat tentang sekolah dan macam2 lagi oleh guru besar

Kata guru besar alangkah bestnya jika kehadiran masa meeting PIBG macam hari ini ramai yang hadir..masing2 tersenyum malu

Lagi 1 katanya ini pengalaman beliau dan pakar juga...tolong rapatkan anak2 dengan bapa bukan ibu kerana telah terbukti bapa seorang yang bijak, sangat kreatif dan tegas, itu saya akui...

Moga Qhaifa Nurin Aida Aeish berjaya hendaknya dalam ujian yang diberi dan cabaran baru buat dirinya pasti tiba...

Friday, November 6, 2015

Family Holiday 2015 - Melaka

Salam...

Family Holiday 2015 kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah...tak nak hampakan mak lagi saya dan hubby setuju join...anak2 excited lah nak berjalan

Bab penginapan tentulah adik lelaki saya yang uruskan...kami pilih Hotel Sentral...ambil dalam 3 bilik

Malam tu jenjalan kat Jonker Walk...biasalah bila berkonvoi ni mata kena cekap...tiba2 pula adik lelaki dapat parking terus je masuk...yang saya dan hubby terlepas terpaksalah berpusing mencari Jonker Walk yang dimana diamnya..4 kali cari tempat ni tak jumpa...hubby dah hot hehehe..bukan tempat kita melilau entah kemana

Akhirnya jumpa gak..stress betul..yang kelakarnya hotelpun saya tak tahu kan mana

Sempat juga malam tuh gi kota belanda...menara tamingsari..makan malam kat parameswara umbai ikan bakar...

Esoknya kami ke Klebang...tetap nak tengok kapal selam...aduh sempitnya orang pula ramai...


Monday, November 2, 2015

Donut Gebu Tanpa Uli

Salam.....

2 hari lepas akhirnya dapat juga buat donut...lewat juga

Pukul 6 ptg start buat, siap sepenuhnya jam 8 mlm langsung anak2 tak makan nasi sebab kenyang makan donut

Ambil resepi by Che Eda (daridapuraida.blogspot.com) - donut gebu tanpa uli

Dah buat tak tahu nak cakap..donutnya gebu lembut selembutnya..ada baki 2 ketul makan esok pagi masih lembut lagi...

Cepat betul dia kembang, kena tunggu 1 jam baru ditumbuk2 utk keluarkan angin...walaupun nampak sikit sebab dah keluarkan angin...dapat juga dalam 30 ketul donut...makan pula panas2, sedapnya