Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, September 18, 2015

Nur Alya Zahra Sofia

Salam.....

Mula2 dipanggil alya..kemudian zahra..skrg sofia..nama yg berat maknanya atau tak sesuai utk dirinya...tak serasi kata org tua entahlah..wallahwaalam

Sofia skrg umurnya 1 thn 4 bln, ank ke 3 dr 3 beradik, ank perempuan yg dinanti mama/papanya..ada 2 abg

Lahirnya normal tiada masalah sehingga sofia berumur 6 bln baru mamanya  perasan kenapa sofia tak meniarap, merangkak atau buat kerja yg biasa baby lakukan hanya baring sja

Bila didukung kena ampu kat bhg leher kalau x tunduk sja (tulang leher x blh tegak mcm itulah), kaki dn tangan akan sentiasa kejang mcm sawan...

Ada jumpa bidan katanya ada yg menenggek kat leher sofia entahlah..berurut dh buat tapi tiada perubahan

Kini sofia terlantar kat hospital temerloh kerana semput/lelah yg teruk..tak sudah asyik masuk hospital...bila doktor beri antibiotik..ubat itu akan keluar balik dr badan.. x terima gitu..

Kini sofia makin teruk dengarnya..kuman dh masuk otak pula..ya allah berat sungguh dugaan mama/papanya, moga mereka tabah hadapi dugaan ini

Nur Alya Zahra Sofia adalah anak buah hubby ke 10...anak adik lelaki hubby

Doa sentiasa kami lafazkan semoga sofia cepat sembuh..dpt jalani hidup seperti anak2 lain...moga sihat sayang mama nur ni

Thursday, September 17, 2015

Acara Wajib - Perjumpaan Keluarga


Salam....


Sebab inilah mak setiap kali raya ke 3 mesti balik perak (kampung mak). Ada perjumpaan keluarga sebelah arwah abah saya kali ini diadakan dirumah pak uda/mak uda (adik abah) di Seri Iskandar Perak.

Tahun ini disebabkan hubby cuti panjang ajakan mak tak dapat saya tolak, first time raya kat luar KL tau. Setiap tahun mak pasti ajak saya balik kali ini pintu hati terbuka jua nak raya kat perak 

Semua adik beradik arwah abah akan berkumpul dah jadi satu kemestian hadirkan diri dapat eratkan silaturrahim kan..

Saya bersama mak dan adik-adik sewa homestay kat Taman Maju. Perjumpaan keluarga ini diadakan sebelah malam, siangnya kami ziarah adik beradik mak kat Sitiawan dan Teluk Intan

Bila lagilah saya dapat beraya kat Perak...hanya masa yang akan menentukan


 inilah keluarga keturunan Tok Debok (semua famili adik beradik arwah abah saya)


ini pula abang dan kakak ipar mak saya


menu malam tuh best sangat


ini tentulah famili saya mak dan adik-adik 


famili pak uda hatta


time anak-anak semua kutip duit raya


salam kaut...suka-suka


adik-adik saya bersama mak tersayang



p/s - rakan2 kalau catatan saya kemas...saya guna laptop
        kurang kemas saya guna hp....

Wednesday, September 16, 2015

Kek Hari Malaysia

Salam.....

Selamat hari malaysia semua....
Akhirnya hajat dihati nak buat kek coklat kukus (copy resepi sheila rusly) akhir tercapai jua...

Ada sahaja halangan nak buat coklat bar x de la...koko habis...susu cair lupa nak beli hehe...

Semalam dengan bangganya hajat tercapai...memang lembut...sangat sedap...anak2 makan pula dengan aiskrim hingga jilat jari gitu...mama buat lagi tau terharu dengar...tengok hubby siap tambah...

Monday, September 14, 2015

Demi anak-anak

Salam.....

Sekarang semua tempat kena jerebu...kat rumah pula tak hujan-hujan bila malam terasa bahangnya..aduh panas...nyamuk jangan cakaplah bermaharajalela

Teringat kat rumah ada kelambu selalu dok pandang saja (adik ipar punya)...sakit pula hati bila anak-anak kena gigit walau dah pasang ubat nyamuk...

Akhirnya terbuka luas engkau dalam bilik...sesekali dok jenguk anak-anak ada pula nyamuk yang tersangkut kat luar kelambu...geli hati pula...berguna juga kelambu ni dikala kita memerlukannya

Wednesday, September 9, 2015