TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, December 13, 2013

LAST DAY KERJA....OH TIDAK


Salam Semua....

beberapa hari tak update blog....bukannya malas tapi hati sedih sebenarnya....buat kerja semua tak jadi....hari ini 13/12/2013 hari terakhir saya setelah 17 tahun berkhidmat disini.....dari bawah saya belajar hingga sampai ketahap sekarang.....hari ini langsung tak ada mood nak buat kerja.....dengarnya ada majlis untuk saya petang nanti...ya ke

apa-apapun saya tetap mendoakan anda  semua....untuk rakan-rakan di alam maya (blog) jika lepas ini lama Lagesi Qhaifa  tak update blog...janganlah  lupakan Qhaifa Nur pula ya.....ada rezeki kita citer-citer lagi kat blog ok....saya tetap mendoakan untuk anda semua.....

jom layan kisah anak-anak minggu lepas..... 



7 & 8 Dis 2013, along aiman ikuti Kem Remaja (Jati Diri)
satu pengalaman berharga buat dirinya
yang tak tahan dalam operasi burung hantu
tak habis dok citer dengan adik-adiknya pengalaman 
nampak hantu....ada ke along aiman


sebelum berangkat....

^
^
^
^
^
^
^


kisah aeish pula
senyap saja rupanya dah tidur
sekarang aeish dok asyik main baju...
seluar zaman kecilnya
tengoklah sarung kaki pakai kat tangan





p/s - ok semua ada rezeki kita berblog lagi.....
doakan yang terbaik buat saya....
begitu juga saya mendoakan yang
 terbaik buat semua....
oh tidak, mood sedih dah datang.....

Monday, December 9, 2013

REZEKI HUJUNG MINGGU


Salam Semua......

kiranya rezeki dihujung minggu....jam 10 malam sabtu lepas dapat kiriman buah-buahan dari Perak.....adik ipar hubby beri

yang bestnya ada buah durian sekali....menjerit azeem bila dapat tahu ada durian...macam tak pernah makan...dah tu tak sabar-sabar nak kopek...ingat kopek durian makan kupas kulit epal agaknya....


durian kampung


bestnya ada rambutan, langsat, manggis dan kuining


tengoklah tu azeem tak sabar nak makan durian


adik-adik yang lain dok perhati
bila dapat makan ni


akhirnya berjaya
dapat makan seulas 2..cukuplah
lepas tu pegi main



Friday, December 6, 2013

CIKGU AMZAR


Salam Semua....


16/11/2013 semasa hari anugerah cemerlang SKTP, Amzar sempat jumpa cikgu-cikgu yang mengajarnya bagi tahun 1 Bestari......siap salam dan berpeluk lagi....sedih sebab Amzar nak pindah sekolah....tahun depan Amzar yang comel ni nak dicalonkan jadi pengawas...tak ada rezeki buatnya

ingat lagi saya dan hubby baru saja pergi pejabat sekolah untuk tanyakan borang pertukaran anak-anak belum hantar borang tuh lagi tapi semua cikgu-cikgu dah tahu 3 Qhaifa nak pindah

mana tak cikgu along Aiman dari beliau darjah 1 hingga darjah 5....cikgu yang sama mengajar Azeem tahun 3 dan Amzar tahun 1 juga....bila sebut Qhaifa semua cikgu tahu mereka adik-beradik

tahun 2014 - Azeem dan Amzar kekal kelas no. 2
                  - Aiman naik 1 kelas no. 3

moga disekolah baru nanti anak-anak makin berjaya dan cemerlang hendaknya






Amzar bersama cikgu-cikgu yang mengajarnya
untuk 1 Bestari


ini kelas saya

Thursday, December 5, 2013

SELAMAT TINGGAL TASKA PERMATA HATI


Salam Semua....

28/11/2013 hari terakhir aeish kat taska permata hati.....sebak nak beritahu kat Cik Pah (Pn. Fatimah) pengasuh yang membela aeish dari umurnya 2 bulan lagi hari itu hari last aeish duduk taska......bila saya beritahu Cik Pah terus peluk aeish sambil menangis.....katanya tak sangka dari umurnya 2 bulan dibela sekarang nak pergi dah...tak pernah saya tengok ada pengasuh sebegitu....dijaga seperti cucu sendiri

kat taska permata hati disinilah saya hantar afnan dan aeish....afnan saya hantar masa umurnya 4 bulan sehingga nak masuk tadika....lepas tu dah tak hantar....kini giliran aeish pula meninggalkannya...mahu tak sedih

dari saya hantar afnan hingga aeish....setiap kali nak balik Cik Pah mendakap mereka berdua siap cium pipi lagi....mana tak terharu, saya pula rasa amat bersyukur sepanjang dibawah penjagaan Cik Pah tiada perkara yang tidak diingini berlaku.....begitu juga dengan pengasuh yang lain....alhamdulillah

budi baik Cik Pah selama menjaga afnan dan aeish tak terbalas jasanya....semoga Cik Pah diberi kesihatan yang baik dan panjang umurnya (umur Cik Pah 60 lebih)..... masih kuat untuk bekerja lagi

ada rezeki kita berjumpa lagi....In Shaa Allah


taska permata hati
taman koperasi polis fasa 2, kl


inilah dia Cik Pah (Pn. Fatimah)
pengasuh 2 anak saya afnan dan aeish
jasanya yang terbalas
buat masa ini aeish duduk dengan nenek
sebelum kami semua berpindah

Wednesday, December 4, 2013

KARNIVAL HARI KELUARGA PENDUDUK


Salam Semua...

sabtu lepas buat julung kalinya
 karnival hari keluarga penduduk
 di kediaman saya diadakan
bertahun duduk kat sini ini
kali pertama diadakan sejak bertukar ketua
dirasmikan oleh ketua UMNO cawangan Batu
Senator Datuk Yahya
walaupun tak ramai penduduk yang hadir
 ia tetap meriah kanak-kanak paling
seronok pelbagai acara dipertandingkan
anak-anak semua acara mereka masuk
bila menang tak sudah-sudah
nama QHAIFA yang disebut
dah semua panggal nama
 anak-anak dengan QHAIFA





anak-anak tengah kusyuk mewarna


tak sangka hubby masuk menganyam ketupat
tak menang kata hubby daunnya pendek, susah sikit


turn kanak-kanak pula semua berlari masuk dalam padang


kami ambil 1 gerai jualan kat karnival ni
jual buah jambu dan kuih bom


anak-anak semangat nak berniaga
mamapapa pun seronok juga


JPA (Pertahanan Awam) pun ada sekali
siap bawa ular lagi


along aiman takut sebenarnya
atas desakan papa kena berani


papa pun nak bergambar dengan ular juga
mama pegang saja, lembut dan sejuk kulitnya ha..ha..




hadiah anak-anak mama
semua anak dapat


time buka hadiah





Tuesday, December 3, 2013

PENGHIJRAHAN SAYA PULA


Salam Semua....


jika anak-anak bertukar sekolah dari KL ke Selangor
akhirnya keputusan untuk saya pula
menjadi suri rumah sepenuh masa
tak sanggup berulang alik dari KL ke Puchong
diam tak diam rupanya dah 17 tahun
saya berkhidmat di syarikat ini (swasta)
dari tahun 1996 hingga 2013
dari bujang hingga anak 5
saya setia disini

surat notis berhenti telah saya hantar
so last day saya berkhidmat disini pada 13/12/2013
pelbagai suka duka terpahat dalam ingatan saya
bagaimana rasanya selama hari ini
dapat pegang duit sendiri, lepas ini tidak lagi 
selalu berkejar dengan masa untuk ke tempat kerja
berkejar masa untuk anak-anak
itulah penghijrahan buat diri saya pula



rindunya dengan meja ini nanti




pasti rindu nak naik tangga pusing-pusing ni
untuk ke tingkat atas perlu naik tangga ini tau


saya sekarang, alhamdulillah
penghijrahan buat diri saya

Monday, December 2, 2013

PENGHIJRAHAN KAMI


Salam Semua....


tak tahu dari mana nak dimulakan cerita ni...dalam hati macam-macam perkara hendak difikirkan...bila hubby beritahu rumah yang kami nak duduki dah siap lepas raya baru ini terus keputusan kami buat.....





keputusan yang telah saya dan hubby buat....saya sekeluarga akan berpindah kediaman dari Kuala Lumpur akan ke La Cottage, Putra Perdana, Puchong untuk memulakan kehidupan baru kami disana

selama 37 tahun saya disisi mak dan adik-adik....akhirnya 2014 adik-adik yang bakal menjaga mak....aduh pedihnya perpisahan ini tapi keputusan telah kami buat...


15/11/2013





salah 1 borang pertukaran sekolah anak-anak

surat pertukaran sekolah anak-anak telah saya hantar dan telah disokong pengetua sekolah...hanya menunggu hubby hantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Sepang


18/11/2013

permohonan pertukaran sekolah anak-anak hubby dah hantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Sepang....kata pegawai kat situ untuk tahun 2 dan tahun 4 tiada masalah ke sekolah baru nanti....hanya untuk tahun 6 (along aiman) kelas untuk tahun 6 dah penuh.....apa-apapun keputusan untuk permindahan anak-anak ke sekolah Putra Perdana 2 akan kami ketahui selewat-lewatnya pada 23/12/2013 nanti.....moga ada berita baik yang kami terima nanti....moga dipermudahkan segala urusan kami

untuk afnan 6 tahun pula sekolah tadika swasta jadi pilihan kami....nak hantar sekolah kerajaan dah tutup permohonannya....nak tak nak kena hantar tadika swasta juga...tiada pilihan buatnya