TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, November 29, 2013

SAIDINA


Salam Semua....


akhirnya tercapai juga hajat hubby nak beli saidina

sangat bagus untuk anak-anak mama rupanya....mereka akan cekap mengira duit....melatih anak-anak juga membuat pelaburan yakni beli hartanah.....bila dah terdesak macamana nak teruskan permainan yakni lelong pula...

hubby dan anak-anak mula main jam 9 malam habis hingga 1.30 pagi....siapa yang menang semalam....pemenangnya azeem sebab banyak beli hartanah siapa lalu sure kena bayar cukai....







hari ini hubby cuti pagi-pagi azeem ajak papa main lagi...tengah excited sekarang anak-anak....amzar tahun 1 pun dah makin cekap bab mengira duit ni....alhamdulillah 

lepas ni kata hubby nak beli manopoli pula, sudah....

Thursday, November 28, 2013

HEPI BESDAY AMNA AFIQAH


Salam Semua....


hari ini 28/11/2013 setahun dah buat
Amna Afiqah Binti Ahmad Ghazawi
Amna Afiqah anak ke 2 adik lelaki saya
dalam keluarga kami Amna Afiqah cucu mak no. 7
cucu mak 2 saja perempuan Aeish dan Amna Afiqah 
doa mak long buat Amna Afiqah semoga diberi kesihatan yang baik
semoga menjadi seorang anak yang solehah 
 dan sentiasa dirahmati Allah


setahun dah Amna Afiqah


abah dan uminya buat besday Amna
awal 23/11/2013 sabtu lepas


umi Amna, abang Afif dan Amna potong kek




bab ni paling saya suka kakak aeish
sempat bergurau dengan adik amna
dah bole berkawan
sukanya aeish dah ada geng

Wednesday, November 27, 2013

SAMA TAK


Salam Semua....


bingkai cermin mata abah hubby patah
bila diganti baru saya perasan
samalah dengan hubby punya
bila minta digandingkan bersama
alamak memang anak abah






Friday, November 22, 2013

HADIAH BESDAY AEISH


Salam Semua.....


2 hari lepas aeish dapat hadiah besday dari
adik bongsu saya (mak su)
besday aeish 19/10/2013...4 tahun

mama, besarnya hadiah saya kata aeish

tak sabar-sabar aeish buka pembalut hadiahnya

tadaaaaa inilah hadiah aeish dari mak su 











malam tuh juga terus berkaraoke ramai-ramai
lagunya tak sudah-sudah lagu tegar
ataupun papaku pulang dari kota


tengoklah cikgunya ramai macam-macam irama ada
yang abang-abangnya tak sudah- sudah
melaungkan azan
sekarang along aiman dah pandai mainkan lagu 
guna key note yang diberi



Thursday, November 21, 2013

TURN AMZAR


Salam Semua...

tak sangka tahun 2013 tahun cemerlang buat amzar

dapat call dari ustazah amzar masa tu otw balik dari johor baru-baru ini minta amzar datang sekolah untuk anugerah cemerlang 2013 bagi SRA Saidina Hamzah untuk 3 anugerah sekali gus
- mata pelajaran terbaik 2013
- sahsiah terbaik (lelaki) 2013
- tempat ke 3 dalam kelas



hadiah dari SRA Saidina Hamzah


sabtu lepas pula dapat surat dari sekolah kebangsaan minta amzar datang untuk hari anugerah cemerlang juga bagi tahun 2013  tahun 1, amzar terpilih alhamdulillah

anugerah cemerlang sek. kebangsaan saya minta adik wakilkan sebab masa tu saya ke hospital ipoh adik hubby kemalangan pula

apa-apapun tahniah buat 
Qhaifa Nur Amzar Bin Khairul Anuar





Wednesday, November 20, 2013

PHOTO-PHOTO


Salam Semua.....



tujuan utama kedatangan kami ke johor selain untuk majlis kenduri kahwin anak pak long 
nak jumpa atuk yusuf (ayah MIL saya) sebenarnya...
sekarang atuk dah duduk dengan pak long
siap ada bibik jaganya
dah setahun kami tak jumpa atuk
kadangkala atuk pakai pamper
 jalan dah tak selaju dulu
moga atuk diberi kesihatan yang baik
umurnya dah 80 lebih


sebelum balik KL kami sempat singgah JPO
sempat terjah masuk beberapa kedai
aduh mahalnya, rasanya KL lagi murah kot


afnan dan aeish lepak depan salah 1 kedai
penat berjalan


tetap nak singgah ayer hitam
keladi tuh ada beli juga


nak juga beli telur pindang walau dah sejuk
rugi pulak tak beli bukannya selalu datang sini
beli dalam 20 hinggit


buah naga ni azeem beli 10 hinggit mama 3 kilo


selagi tak habis dok makan saja yup azeem


masa ni singgah kat hentian pagoh
anak-anak ambil sorang 1 mainan
aeish pilih robot, oh tidak akhirnya
mama ambil anak patung


masa kat hentian pagoh juga dalam pukul 8 mlm 
hubby terserempak mak saudaranya  mak cik ma
yang hendak pulang ke kuala klawang, jelebu
dah rezeki kami malam tu suami mak cik nak belanja
kami makan malam
dari pagoh kami menuju ke seremban pula
untuk ke Rostoran Man Tom Yam
besar betul restoran ni


macam-macam yang diorder
anak-anak bukannya nak makan sangat
tak nak mak cik ma kecil hati
saya dan hubby terpaksa habiskan lauk
yang mereka order rasa membazir pula tak habis

Tuesday, November 19, 2013

TG BALAU


Salam Semua....

masih citer di johor lagi.....anak-anak dah tahu kalau datang rumah pak long tahar di felda pasak, kota tinggi sure akan mandi pantai...tak sudah-sudah menyebut bila nak mandi pantai ni mama....akhirnya lepas akad nikah jam 2 petang kami menuju ke tanjung balau

pergi hari bekerja sure orang tak ramai.....angin punyalah kuat masa tu....pandang langit gelap berharap janganlah hujan biar anak-anak mandi dulu....alhamdulillah tak hujan.....ombak pula kuat.....time ni risau bila tengok hubby dan along aiman mandi.....dalam perjalanan pulang baru hujan turun dengan lebatnya......kebetulan masa tu taufan haiyan tengah melanda filipina.....nasib baik kita selamat kata hubby ya ke sebab taufan haiyan...entahlah ada tempias kot sebab tu ombak kuat.... kelakarnya





bersedia nak mandi anak mama


datang pantai tak sah tak main pasir kan


masa ni nak balik dan kebetulan lalu pulak
 mat bangla ni jual aiskerim
belilah sorang 1
mat bangla ni sangat baik siap bagi free 1
tengoklah aiskerimnya double tuh sangat puashati
harga 1 hinggit saja


jenuhlah anak-anak nak habiskan
menggigil juga makan

Monday, November 18, 2013

KE HOSPITAL IPOH

Salam Semua....




15/11/2013 jam 6.30 ptg hubby call dari opis cepat siap kita ke Hospital Batu Gajah, adik bongsunya yang belajar di Uni. Teknologi Petronas Seri Iskandar (UTP) kemalangan telah dilanggar lari dan dijumpai orang awam yang lalui kawasan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Atas ihsan seorang hamba Allah telah menghubungi FIL dan terus hantar keadaan adik hubby yang masih terbaring atas jalanraya. Ya Allah lemah seluruh badan bila melihat gambarnya yang penuh dengan darah dibahagian muka nasib baik helmetnya tak tercabut.

Dengan segera hubby, saya, adik perempuan serta rakannya menuju ke sana yang mengambil masa 3 jam lebih...kami dimaklumkan adik hubby masih koma dan akan dibawa terus ke Hospital Ipoh (Hospital Raja Perempuan Bainun) malam itu

Dalam hati terus berdoa moga adik hubby selamat hendaknya...alhamdulillah perkhabaran yang saya terima adiknya dah sedar...jam 11.30 malam kami selamat tiba di Hospital Ipoh...Ya Allah pilu, lulur hati saya melihat keadaan adik hubby kecederaan yang dialami teruk dibahagian muka...nasib baik bahagian kepalanya tiada masalah...2 jam kemudian MIL dan FIL saya tiba

Report pihak hospital menyatakan kemalangan antara motosikal dengan lori... Ya Allah...bila disemak kat Balai Polis Batu Gajah terbabas katanya...entahlah mana satu yang betul...lepas tu hospital tak mesra rakyat suka marah-marah...sabar sajalah

Antara kecederaan adik hubby

- tulang rahang pipi kiri beralih tempat
- tulang pinggul retak
- bibir luar dalam  terkoyak (pembedahan yang dibuat)
- gusi dan kedudukan giginya telah beralih juga (bab ini yang paling sedih saya tengok) 
- luka atas kening dan hujung mulut telah dijahit
- luka banyak sebelah kiri badan
(kiranya bahagian mukanya teruk akibat kemalangan tersebut)

Mohon doa dari kalian rakan blogger semoga adik hubby sihat hendaknya dan saya dimaklumkan final examnya bulan awal Jan 2014 jika tidak sihat kena postponed 1 semesta (sekarang semesta pertama)...
apa-apapun semoga adik hubby Khairan Nurnashriq Addhaqhily Bin Taha cepat sembuh seperti sediakala







Friday, November 15, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU


Salam Semua.....

bangun pagi keesokkan harinya (09/11/2013) pelamin dah bertukar wajah so 2 pelamin untuk Faedah Tahar dihari bahagiannya...
tetamu yang datang pun silih berganti, cuaca baik cuma hujan sebelah petangnya tapi tak kisah majlis dah selesai..
alhamdulilah semua berjalan baik
bab menu hari tuh memang terbaik yakni sedap (disedikan oleh catering pilihan keluarga pengantin)...paling best nasi berianinya






pelamin no. 1
majlis berinai


pelamin no. 2
cantikkan


bergambar diruang yang disediakan
sangat kreatiflah mereka (yakni tuan rumah)






ada silat juga


keknya sedap tau
kek pelangi dan cupcake


aeish dan umairah (anak adik hubby)




baik along yup suapkan adik makan kek


pengantin bergambar selepas makan dan potong kek

Thursday, November 14, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU


Salam Semua....

sampai rumah pak long jam 2.30 pg....makan gitu gini...tidur jam 3.30 pagi.....esoknya (jumaat 08/11/13) kena bangun awal sebab akad nikah 10 pg di Pejabat Penolong Pendaftaran Nikah Kota Tinggi....dalam 6 buah kereta iringi pengantin hari tuh....

akad nikah


cantik pelaminnya, simple


ramai-ramai serbu pejabat penolong pendaftaran nikah, kota tinggi 


dah masuk dalam pejabat,  rupanya ada pelamin laaa
masa ni tok kadi cerita sedikit nikah kahwin
tok kadinya memang kelakar habis, semua ketawa mendengar


alhamdulillah, sekali lafaz sah bergelar suami isteri
dapat mas kahwin dari lelaki


dah selesai boleh bergambar kat
pelamin yang disediakan
selamat pengantin baru buat
Faedah Tahar & Suami


tengoklak anak-anak mama kusyuk
dengar celoteh tok kadi
jangan tak tahu 4 hero berbaju batik


sebelum balik tangkap gambar dulu




malamnya diadakan majlis berinai

ini pula majlis berinai sebelah malamnya...hujan dari petang hingga tengah malam....berpayunglah rombongan pihak pengantin lelaki malam tuh....pihak perempuan mahu tol dari pihak lelaki diadakan semasa majlis berinai....jom duduk rapat-rapat kutip duit tol ha...ha..

malam tuh kami semua dijamu makan nasi ayam dan sup gear box kambing lagi.....