TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, September 30, 2013

MESIN JAHIT TANGAN


Salam Semua...


macam tak percaya dah 60 tahun lebih usianya
mesin jahit tangan kepunyaan arwah wan hubby ni
kiranya dari MIL saya kecil dah ada
sekarang mesin jahit ini berada dirumah MIL
masih elok dan dijaga dengan baik
masih boleh digunakan lagi
nak jahit pun senang duduk bersila saja







no siri mesin 



jenama mesin jahit



sambil bersila terus jahit kan aeish







tak nak lepaskan peluang anak-anak
masing- masing nak dok pusing

saya cuba angkat mesin jahit tangan ini 
tak bole sebab berat sangat

Thursday, September 26, 2013

TQ PAPA BERJAYA AKHIRNYA


Salam Semua....


tak sudah-sudah saya pujuk aeish
belajarlah adik naik basikal
adik kan dah besar
asyik dok tolak basikal saja
sebenarnya aeish tak pandai nak kayuh

tak terfikir saya hubby berjaya akhirnya
masa yang diambil untuk ajar aeish berkayuh
tak lama dalam setengah jam saja
lepas tu aeish dah boleh kayuh 
nak tahu apa yang hubby buat






inilah cara hubby ajar aeish praktis kayuh basikal
diletakkan selipar kiri kanan kat roda kecil tu
tayar bahagian belakang tak jejak lantai
berkayuhlah aeish tak sudah-sudah
bila hubby buangkan selipar tu
automatik aeish dah boleh kayuh dengan sendirinya
alhamdulillah berjaya juga






gembiranya saya lepas ni mama ada geng 
untuk kayuh basikal setiap petang kan aeish
aeish pula sekarang tak sudah-sudah kayuh basikal 
lepas gian nampak
tq papa usaha telah berjaya akhirnya

Wednesday, September 25, 2013

WW -SERBA GUNA HELMET DAH


Salam Semua...


helmet sekarang ni penting
dalam apa jua keadaan




basikal baru afnan setelah diubah suai





begitu juga dengan basikal azeem





Tuesday, September 24, 2013

KE MANA TUH.....


Salam Semua...


ke mana tuh yup
minggu lepas hantar adik hubby farah
balik kat hostel beliau
di bukit tinggi pahang
farah kerja kat sini under berjaya group
dalam hati mula berkata
haaaa jam 11 malam naik bukit
masuk tol gombak malam tuh
jalan jem teruk menuju KL 
sebab cuti hari malaysia
cadangan hubby untuk elakkan jem 
masa turun nanti kita lepak kat bukit dulu
12.30 malam kami turun
seram sejuk  naik turun jalan gelap ni
kenderaan yang naik atas tak ada
anak-anak ambil kesempatan tidur
sebab takut ha..ha..





2 dah jaga..lagi 3 tidur laaa



tumpang toilet sebenarnya
hostel ni baru saja diduduki



menuju tingkat 3



syoknya suasana malam yang sejuk
tapi saya tak tahan



tuh along,.bilik kak chek..kata farah kat hubby




p/s - ada kesempatan nak datang sini lagi
masuk colmar tropicale,  rumah jepun 



Monday, September 23, 2013

AKHIRNYA CINTA DEPAN MATA


Salam Semua...


sampai juga hajat anak-anak nak tengok cinta
turun kereta terus berlari masuk rumah wan
tak sudah-sudah dok sebut cinta..cinta..cinta
garang cinta ni masa mula-mula pegang
digigit tangan kita marah sebab belum mesra lagi







bukan setakat anak-anak
papa pun berminat
deko rumah cinta papa yang buat 
siap ada ranting, gelung getah





kebetulan FIL/MIL baru balik dari johor
telur pindang semestinya ada
dan nenas dalam tin pun ada 
 selagi tak habis nenas ni 
tak sudah anak-anak makan

Friday, September 20, 2013

KEJAP DAH 23 TAHUN


Salam Semua....


15/09/2013 besday adik hubby no. 6
dah 23 tahun Atan 
panggilan nama untuk anak buahnya pakcik
lepas isyak pakcik potong kek Brownies dari SR




sekarang anak buah susah nak jumpa pakcik
semenjak keluar dari Universiti Pertahanan Malaysia
dapat pula bertugas di Sarawak (AMOR DiRaja)
kursus tak sudah-sudah, sekarang kursus di Johor pula
lepas ni entah kat mana tak tahu lagi
itulah dia bila dah berkhidmat dengan 
Angkatan Tentera Malaysia
semua demi negara tak gitu

Leftenan Khairil Erfhan Farqhan Bin Taha 
atau Atan







menu malam tuh domino pizza, chicken wing
dan bihun goreng, ala kadar saja


Thursday, September 19, 2013

YONG TAU FU SUP


Salam Semua.....


dari gemas sebelum balik MIL nak singgah
kat hentian seremban nak makan yong tau fu sup
kalau tak silap kat gerai Anugerah
masa sampai dah ramai yang beratur
apalagi kami semua pun order
dah makan baru tahu sangat sedap
sosnya pun sedap juga
tak rugi datang sini



satu mangkuk ni dalam RM 25
banyak juga



FIL ambil lontong sedap juga katanya




satu lagi wajib beli bila dah sampai kat gemas 
atau sebelum keluar tol simpang ampat 
kat sepanjang jalan ada gerai 
jual kraftangan, bantal dan lain
dodol mesti beli begitu juga sirat wajib



dodol 
campur yang saya dan MIL beli
ada dalam 10 bekas harga setiap 1 RM 10



kuih sirat wajib



anak-anak cukup suka makan dodol
tengoklah azeem ambil dodol guna tangan
angin mama tau

Wednesday, September 18, 2013

KE GEMAS TENGOK PENGANTIN


Salam Semua....


hujung minggu lepas ke rumah MIL
dari situ kami akan Gemas N9 - Kg Londah
dapat undangan majlis kenduri kahwin
saudara angkat FIL/MIL saya
bukan sekadar saudara angkat tapi
 hubungan yang terjalin sekian lama
 melebihi saudara sendiri
highway jangan cakaplah penuh dengan kenderaan
jam 12.30 tengahari kami pun selamat sampai
cantik warna temanya hijau
makanannya pun sedap - sedap
paling best ada gulai rebung + usus









cantik pelaminnya



selamat pengantin baru (nama tak ingat)
moga kekal hingga ke jannah



lepak kat dalam rumah



tengoklah amzar siap dok ulang makan
bubur pulut hitam, sedap mama



setiap kali ada majlis kenduri kahwin
3 adik ipar saya akan berkaraoke
suara mereka sedap 
bukan macam suara kak long ha..ha..



adik beradik saudara angkat  FIL/MIL saya
semua sporting sangat



dapat tart kiwi sedappp

Friday, September 13, 2013

POPIA DAGING VERSI AEISH


Salam Semua...


godek-godek henpon hubby jumpa gambar chef cilik ni
gara-gara ada lebihan kulit popia dalam esbok
ada pula daging kisar, campur kentang sikit
akhirnya terhasillah popia daging versi chef aeish




adik jangan banyak bubuh cheese tuh
masak siap senyum lagi
tengoklah tu tak padan dengan kidal







dah siap


p/s - hepi weekend semua...best cuti lama kan

Thursday, September 12, 2013

SEGAN PUN TANGKAPLAH


Salam Semua....


seronok bila keluar berdua saja
lepas dapat apa yang dihajati
kami masuk Sogo pula
sempat lagi pergi pasar malam Jalan TAR
walau hari hujan time tuh
sebelum balik masuk Sogo kembali
singgah beli ais kerim dan jeruk
time tuh pula hubby cakap
tak nak test kamera baru ke
mula-mula segan tapi tak kisahlah
tangkap juga
malu tapi mahu ha..ha.. 








pilih stoberi + manggo, siap ada cookies lagi
yang ini rasanya RM 8 hinggit



singgah pula gerai jeruk
tengoklah banyaknya pilihan



macam ini RM 10 hinggit
sekarang ni mana ada yang murah dah