TEMAN ALAM MAYA KU......

Tuesday, April 30, 2013

DAPAT JUGA POTONG KEK


Salam Semua...




american coklat kek, sedap juga











5 tahun sudah Afnan




Monday, April 29, 2013

SELAMAT HARI LAHIR AFNAN


Salam Semua...





Selamat Hari Lahir buat
Qhaifa Nur Afnan B. Khairul Anuar 
yang ke 5 tahun (29/04/2013)
tiada lain yang mama pohon 
semoga Afnan menjadi anak yang soleh
 cemerlang dalan hidup 
dan sentiasa dirahmati oleh Allah



Dari Afnan buat kawannya di tadika




dah tahu besday Afnan jatuh hari isnin
abang - abangnya pula dah kecoh 
semalam Afnan bisik kat mama
nanti Acik nak bagi coklat kat kawan mama
petangnya saya pergi NSK beli serba sikit
goodies buat kawan Afnan untuk dibawa ke tadikanya





pagi tadi sempat snap gambar ni
hadiah untuk kawan saya

Friday, April 26, 2013

TANGKAP ARNAB


Salam Semua...


petang semalam balik dari opis tengok aiman pegang penyapu
semua adik - adiknya pakat lari sana sini
buat apa ramai - ramai kat pokok bunga tuh
rupa-rupanya semua anak- anak nak tangkap arnab
tapi tak berjaya

arnab ni jiran belakang rumah saya punya 
tapi tak berkurung suka merayau datang rumah saya
rumah orang lain tak mahu pergi pulak ha..ha..
dah seminggu macam tu habis pucuk pokok bunga dimakannya
 siapa tak hangin he...he..
tuannya pula buat tak tahu saja dah cakap tuh
sabar sajalah










memang disinilah tempatnya, sejuk kot

Thursday, April 25, 2013

STIM MACAM NI, BOLEH SAJA


Salam Semua...


stim ikan siakap 3 ekor bersama asam boi
tak muat pulak nak masuk dalam periuk pengukus
akhirnya idea datang
macam ni pun bole, masak juga






Cara baru he..he..





(kuali dan dulang....)

Wednesday, April 24, 2013

BUAT AIS KERIM


Salam Semua...


sekarang ni saya rajin buat ais kerim sendiri
semua ini belajar dari mak cu (adik mak)
sungguh mudah, nak perisa apa 
semua boleh



Bahan

1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
ovalett 1 sudu besar
1/2 cawan milo (kat sini bole tukar nak perisa apa)
segenggam coklat chip

Cara membuat

- pukul hingga kembang susu cair, susu pekat dan ovalett selama 45 minit
- dah kembang masukkan milo dan coklat chip, kacau hingga sebati
- masuk dalam bekas dan sejukkan dalam freezer



hasil 1


(dah sejuk, perisa milo)







hasil 2


(perisa coklat)



Tuesday, April 23, 2013

AGAR - AGAR RUMPAI LAUT


Salam Semua...


Sekarang tengah femes makan rumpai laut ni, kebetulan kat rumah ada 2 peket rumpai laut pemberian MIL. tak tahu nak buat apa.




Masa kat rumah MIL hubby buat kerabu sedap juga

Ini pula idea mak saya buat agar - agar rumpai laut. Sebelum anak - anak makan saya beri mereka rasa dulu jawapannya tawar giller he..he..konpom tak usik makan dan sekarang cuma tengok saja



(rendam rumpai laut semalaman, esok bole rebus hingga cair nak nampak sedap bila makan tambah pewarna)


Bila saya tengok kat tenet banyaknya khasiat makan rumpai laut ni untuk kesihatan malah kecantikan ini yang saya catatkan banyak lagi rupanya:


  • terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semulajadi
  • menjadi kulit lebih putih dan tegang
  • melancar kitaran haid
  • melicin dan menegangkan kulit dan payudara (anti penuaan)
  • melambatkan proses penuaan dan melansingkan badan
  • menguatkan rambut dan jadikan rambut sihat dan bersinar
  • merawat penyakit gastrik
  • menurunkan tekanan darah tinggi
  • memberi kekenyangan
  • memberi tidur yang cukup dan lebih tenang
  • memulihara usus kecil
  • merawat gout dan menguatkan tulang dan sendi
  • dan banyak lagi



p/s - lepas ni nak cuba makan mungkin baik untuk kesihatan kita

Monday, April 22, 2013

BAJU PUSAKA NI


Salam Semua...


Bila aiman dan azeem masuk pengakap tahun ni baru hubby teringat akan baju pengakapnya 

Baju pengakap ini memang disimpan rapi oleh emaknya begitu juga dengan baju-baju yang lain tak kira hubby punya atau adik-adiknya memang disimpan elok hingga kini

Baju pengakap hubby ni dah berusia 28 tahun. Baju ni memang ditempah khas sempena Jemboree (perhimpunan pengakap sedunia) masa tuh hubby darjah 5. Tanya hubby kenapa tempah katanya sebab nak  jaga standard he..he.. begitu juga butangnya tempah tu







Baru ni minta aiman pakai tak nak, malu, tak sama dengan baju pengakap sekarang katanya macam-macam alasan yang diberi. Kata papanya pula no beli, beli tetap kena pakai baju ini juga mahal tuh papa tempah, kalau tak nak papa beri pada adik - adik yang lain





tengoklah muka kalau dah tak nak

Baru saya teringat awal tahun hari tu ada tempah
t-shirt pengakap untuk aiman dan azeem kat cikgu hingga kini senyap saja kena follow up ni

Friday, April 19, 2013

TUTTI FRUTTI



Salam Semua...


malam - malam makan ais kerim
masuk sini pun lebih kurang 9.45 malam
first time ni saya masuk
tengok anak - anak excited nak bubuh itu ini
tapi kan memang tahu ais kerim ni mahal




lokasi prima sri gombak





pilih - pilih, jangan tak pilih



inilah hasilnya, 3 ini lebih kurang 60 hinggit lebih
3 jenis rasa ais kerim kami ambil
tapi suka coklat dan coffee



share ok



p/s - pagi tadi dapat kad jemputan kahwin, uniknya nanti saya share tau....

Thursday, April 18, 2013

BUAH TANGAN DARI MIL


Salam Semua...


alhamdulillah dapat buah tangan yang berganda dari sabah untuk saya lagi
mula-mula dari azeem
dari MIL pun dapat dapat juga
kata MIL mari semua jom tengok




mutiara air masin menurut MIL, jika mutiara cabut boleh diikat dengan emas
 untuk mama gelang dan cincin
untuk aeish gelang juga
tak sabar nak melaram he..he jangan mare



mama sorang saja yang dapat  tau, suka sangat beg ni cantik



semua jenis beras MIL saya beli, nak merasa katanya ada 8 jenis



rumpai laut serta udang kering



kuih cincin, sedap juga

terima kasih buat MIL saya Pn. Rosidah Yusuf


Wednesday, April 17, 2013

BISKUT KACANG TUMBUK


Salam Semua...









biskut kacang tumbuk
ada siapa suka makan 
sila angkat tangan



p/s - pagi tadi  sekolah call azeem muntah, sila bawa pulang....dapat mc 2 hari lagi...
balik dari sabah badannya kurang sihat....

Tuesday, April 16, 2013

TENGOKLAH APA AZEEM BELI



Salam Semua.....



pandai juga azeem beli buah tangan untuk kami
kata wannya nampak FM ingat nenek kat rumah terus beli
tengok brooch ingat pada mak usu dan mak lang
untuk papa, mama dan adik - adik azeem belikan coklat
tengok coklat rambang biji mata kalau bole semua nak beli, murah




(cantik juga FM sabah ni...)



(beli keychain juga....)



(yang ni mama suka...)
(kata wannya sewaktu beli coklat yang pahit untuk papa, adik -adik daim dan untuk mama tak kisah mama semua makan, suka ayat tuh azeem he..he..) 

Monday, April 15, 2013

ANGAH AZEEM DAH BALIK


Salam semua..


petang sabtu jemput azeem di KLIA nasib baik kapal terbangnya tak delay kalau tidak jenuh menunggu 5.30 petang selamat mendarat

adik - adiknya tak sabar asyik tanya mana angah ni, bila dah jumpa muka angah gelaplah kata amzar

nampak letih sungguh azeem ni pantang dapat baring sure lelap, mana taknya 7 hari di sabah asyik berjalan sakan dahlah sana sejuk katanya lebih - lebih lagi di kundasang 

malam tadi demam dan selsema kejap nasib baik pagi ni ok boleh pergi sekolah






(sementara angah azeem sampai anak - anak sibuk nak makan ais kerim MD...)



yeh, angah dah sampai, alhamdulillah lega nampak anak depan mata






Friday, April 12, 2013

KONGSI


Salam Semua...







selalu pesan pada anak - anak makan kena kongsi bersama, makan sama sikit biar semua merasa dengan harapan semoga hubungan persaudaraan berkekalan


* teringat saya kalau balik rumah MIL dari dulu hingga kini kalau anak - anak buat air 1 mug kena kongsi 5 orang