TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, December 31, 2012

SELAMAT DATANG 2013....


Salam semua.......


Sekarang ni kita menghitung detik - detik terakhir tahun 2012 dan selamat datang 2013.........

tiada lain yang saya pinta semoga kehidupan akan bertambah baik dan cemerlang dari tahun sebelumnya begitu juga dengan rakan - rakan semua semoga keceriaan sentiasa bersama kita.

apa yang kurang kita tambah......
yang lemah kita perbaiki....
yang ada kita pertingkatkan lagi, amin............






SELAMAT TAHUN BARU SEMUA..............

SARAPAN PAGI DI BHARAT TEA...


Salam semua....

n3 di Cameron Highlands lagi, kali ini sarapan pagi kami di Bharat Tea sambil posing - posing di puncak ladang tea....















(berjaya rupanya kami semua naik di puncak atas, tingginya.....)



(mak dan adik tak naik puncak tea, melihat dari dalam kedai saja.......)


lepas sarapan menuju ke kedai jualan sayuran dan buah - buahan pula, masa ni hujan mula turun nak sampai ke tempat ini mengambil masa yang lama sebab jem...





(pilih stoberi...)



(kalau bole semua nak diborong.......)





(beli jagung rebus, sedapnya.....)



(sayuran yang kami beli, selama seminggu masak sayuran ni...sampai naik jemu pulak...)



(cili japaleno yg kami beli, kata penjual tu cili paling pedas...dah masak memang sangat - sangat pedas....)




T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H  kerna sudi singgah sini..................

Friday, December 28, 2012

CAMERON HIGHLANDS.......


Salam Semua......

Lega pagi tadi dah hantar Amzar ke sekolah untuk hari orientasi tahun 1, dari rumah bersemangat nak pergi sekolah, bila diminta para ibubapa duduk jauh dari anak - anak mulalah Amzar menangis. Jenuh nak pujuk suruh duduk dengan rakan sebaya. Nasib baik Amzar dengar nasihat mamanya ini, walaupun susah nak pujuk macam - macam hal pulak ......  

n3 hari ni nak citer jenjalan kami di Perak lagi......

...23/12/12012

Dari rumah pak chu lokman kami menuju ke cameron highlands untuk kali ke 3, memang tiada dalam agenda kami sebenarnya, plan asal nak hantar mempelai ke rumah pengantin lelaki di Parit Buntar hari itu bila difikirkan semula takkan nak naik cameron petang tuh takut kesuntukan masa sebab nak balik KL malamnya. Cancel plan asal kami semua menuju CH 1 jam perjalanan dari Seri Iskandar....

Sampai atas jalan jem teruk padahal jam baru 9.30 pagi, kesesakkan yang amat luar biasa hari tu bayangkan seharian di atas 3 tempat saja kami mampu lawati. Cuaca hari tu sangat sejuk, kasihan anak - anak baju tebal tak bawa he..he...kesejukkan semua


(Avant Chocolate, Destinasi 1....)











(semua kesejukkan he..he...)



(aeish bukan beli coklat tapi.....)





(set mainan dan anak patung he..he..)



(seronok tengok daun salad....)



(time ni keinginan nak makan stoberi belum datang lagi, so pegang dulu...)





p/s - blur sekejap ramai kata sekolah buka hari rabu (02/01)....ada teman yg cakap khamis (03/01) mana yang betul...beritahu sikit....



T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H kerna sudi singgah sini....................

Thursday, December 27, 2012

KISAH MALAM TADI...


Salam Semua........


...26/12/2012

jam 8 malam kami keluar untuk cari keperluan sekolah anak-anak.......

tahun 2013,  4 orang anak akan masuk sekolah, alhamdulillah lega dah beli.......






lepas selesai cari baju sekolah pergi gunting rambut, ini first time bawa anak - anak gunting kat kedai sebabnya peralatan gunting rambut papa dah rosak.......














lepas gunting rambut hubby bawa kami semua ke Uptown Danau Kota, kami sampai 9.30 malam, orang tak ramai lagi  punyalah besar uptown ni, lenguh - lenguh tapi seronok, sebenarnya datang sini nak cari beg azeem ......



(setelah ditawar dapatlah RM 70 hinggit..)



(minat betul anak - anak dengan seluar boxer, dapatlah sorang 1, comelnya bila dipakai he..he...)





sampai rumah jam 11 malam terus sarung baju dan kasut sekolah, tak sabar - sabar nak ke sekolah yup wahai anak - anak mama.......


p/s - esok 28/12/12 nak bawa amzar ke sekolah untuk orentasi darjah 1, ada ujian juga untuk tentukan kedudukan kelas...buat yang terbaik Amzar.........


T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H kerna sudi singgah sini.........

Wednesday, December 26, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU (ZAFIRA & AZMI)...


Salam Semua........

Selamat pengantin baru buat Zafira & Azmi pada 22/12/2012 di Taman Maju, Seri Iskandar Perak. Nurul Zafira bte Ahmad Lokman adalah anak sulung dari 6 beradik. Beliau anak pak chu lokman (adik bongsu arwah abah saya)











(semasa nikah...)




Meriah sungguh hari tuh, yang istimewanya sajian makanan disediakan oleh 7 katering yang berbeza, mana taknya adik-beradik mak pengantin semuanya jalankan perniagaan katering termasuklah mak pengantin sendiri.Menunya sedap - sedap belaka.....







(ikan kembung kukus cicah kuah asam, sedapnya.... 1000 ekor  ikan tau)



(bubur anak lebah...)








(bersama mak...)


(abah pengantin (adik bongsu arwah abah..) bersama adik lelaki saya... )







(cenderhati buat kanak - kanak mainan, tuh yg bersepah-sepah..)



T.E.R.I.M.A   K.A.S.I.H  kerna sudi singgah sini...............