TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, March 29, 2012

JUMPA SITI BUKAN SAYA TAPIIIIII................


Hubby ke alamanda sabtu lepas untuk jumpa mak dan abahnya. Saya dan anak-anak tak ikut sebab hubby pergi dari opis beliau. Kebetulan pada hari tersebut dato siti launching produk terbaru simplysiti bila hubby call suruh teka siapa yang dia jumpa katanya dato siti apalagi menjeritlah saya, bestnya dapat jumpa live apalagi minta hubby tangkap gambar dia untuk tatapan saya he..he...he








Punyalah ramai orang kata hubby bukan nak beli pun tapi datang untuk ambil gambar beliau siap bertolak - tolak lagi hubby pun terkena tempiasnya....orang popular memang begitu lebih-lebih lagi dato siti







p/s - produk simplysiti belum try lagi....ok  kot????????

Tuesday, March 27, 2012

SARA 1 MALAYSIA




Petang semalam En. Izat dari Maybank Sentul Raya call....permohonan SARA 1 MALAYSIA saya telah lulus. Alhamdulillah, syukur..........





So pagi tadi dah sign aggrement aaaaaa.....lega rasanya, langkah terakhir yang perlu saya lakukan tadi adalah buat pengesahan cip melalui I/C kita, nasib baik boleh baca butiran diri saya walaupun cip saya ada bintik - bintik hitam lagilah bertambah lega dan lega, kalau tidak sure kena hold dulu SARA ni sehingga kita tukar I/C baru, satu hal pulak nak ke JPN.....

Kini saya tunggu pihak bank call semula untuk collect buka akaun........apapun ini semua rezeki untuk anak - anak tersayang

Monday, March 26, 2012

RAMLY HALAL MART SDN BHD

Penduduk taman saya dapat jemputan dari pihak Ramly Burger untuk bacaan yassin dan doa selamat di kilang mereka di IKS Mukim Batu. Ia sempena majlis kesyukuran ke atas produk mereka yang dilanda masalah sebelum ini dan kini telah pun selesai





Saya pergi pun untuk nak daftar kad keahlian yang diberi percuma hari itu saja. Sempatlah menjamu selera menu yang disediakan petang itu. Makan kambing bakar lagi nasib baik tak pening kepala hik..hik..hik





Petang itu juga pihak ramly lancarkan Ramly Halal Mart, ini memudahkan kita membeli pelbagai produk mereka tak payah pergi pasaraya....malah dapat diskaun lagi















inilah produk ramly yang saya beli hari itu

Friday, March 23, 2012

SENANGNYA ANAK - ANAK SEKARANG SEKALI CALL SAJA


Betullah seperti dikata untuk anak - anak apa saja pun boleh dan sanggup. Semenjak saya list dan tampalkan nombor telefon yang penting untuk mereka didinding rumah asyik calling - calling saja. Memang sepatutnya saya buat begitu manalah tahu kalau hal emergency senang untuk dihubungi.



Ini antara permintaan yang biasa buat saya : -

  • mama tolong print gambar haiwan cikgu nak
  • mama tolong bawa kertas warna cikgu nak
  • mama boleh tak nak makan coklat
  • mama nak pergi main boleh
  • dan yang terkini mama tolong print cover untuk port polio along
Sekarang zaman dah cepat dan mudah sekali petik semua dapat....nak dengan tidak je

Thursday, March 22, 2012

CREAM CARAMEL DESSERTS

Cream caramel desserts ni tak jauh beza dengan caramel yang biasa kita semua buat cuma yang ini ia cepat, mudah dan tiada bau hanyir telur. Kali ke 2 saya membuatnya







Mudah sungguh hanya sebatikan serbuk kastard dengan 1000ml susu segar dan dididihkan selama 2 minit. Perlu dikacau selalu

Masuk dalam acuan dan curahkan sos caramel dan sejuk hingga keras







2 x aeish tambah sedaplah tu.....

Wednesday, March 21, 2012

SELAMAT HARI LAHIR MAK

19/03/2012 besday mak yang ke 61 tahun. Saya dan adik - adik raikan mak di Havina Seefood Ampang tempat ni dekat dengan Hospital Ampang Puteri pada sebelah malamnya. Sementara tunggu makanan sampai makan sate dulu dan mak dapat hadiah dari adik





Tak sabar nak tengok apalah hadiah yang dapat nih











Mak dapat h/p nokia tu...lepas ni boleh calling - calling selalu, apalagi cucu - cucu mak sibuk nak pinjam h/p nenek, mana bole ni nenek punya ok....inilah menu yang kami pesan malam tu










" SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAK TERSAYANG SITI RAHANAH DAHALAN "

SEMOGA MAK DIPANJANGKAN UMUR, MEMPEROLEHI KESIHATAN YANG BAIK DAN BERBAHAGIA DI SAMPING ANAK CUCU TERCINTA

Tuesday, March 20, 2012

TAK PERNAH MASUK KEDAI GUNTING RAMBUT


Anak - anak tak pernah dihantar pergi gunting rambut kat kedai kelakar bunyinya. Semua hubby yang potong sendiri,  ini gara - gara masa aiman kecil dulu ikut saya pergi gunting rambut konon - kononnya nak try gunting rambut dia sekali punyalah takut sampai menangis jenuh nak pujuk terfikir masa tu setiap kali nak gunting asyik menangis pening pulak.

Sejak dari hari itu hubby terus beli peralatan sendiri dan sekarang kat rumah macam - macam jenis ada senang betul...









Amzar sedih sangat sebab tak dapat buat rambut macam adiknya afnan fesyen mohawk yang tengah top masa kini. Jenuh dipujuk nanti bila cuti sekolah hujung tahun baru boleh buat fesyen gitu ..nanti cikgu mare












p/s - kes culik budak dah kembali, yang besar pun tidak terkecuali risaunya sekarang......

Monday, March 19, 2012

KINI IA KEMBALI LAGI...RISAUNYA







Malam jumaat lalu saya dan afnan tidur lambat sempatlah tengok final raja lawak kat astro. Sebelum tidur layan afnan berbual masa tu ada dengar bunyi motor seakan - akan nak berlumba. Tiba - tiba saya dengar suara minta tolong, buka tingkap bilik tapi tak nampak apa - apa  dalam pada tu sempat gerakkan hubby yang dah lena.

Saya dan afnan dengar lagi suara minta tolong, saya bangun lalu pasang lampu luar dan buka pintu waktu tu dalam pukul 12.15 pagi. Rupanya tunang  anak jiran kena rompak dengan lelaki bermotosikal seramai 4 selepas hantar anak jiran balik rumah. Masa  buka pintu  nampak motor tu pergi dengan lajunya yang kena rompak tu perempuan mungkin lepas tunangnya (lelaki) masuk rumah time tu kena kot.

Perempuan tu kata perompak letak parang kat lehernya, yang telah diambil handbag, beg make-up, lap top dan kunci kereta viva. Penduduk taman yang kejar perompak gagal untuk menangkap mereka. Lewat juga saya tidur jam 1.30 pagi nampak ada 3 polis bermotor datang untuk ambil keterangan dari mangsa.

3 bulan lepas taman ni memang jadi sasaran perompak berparang kini ia kembali lagi risaunya hati ini. Selalu pesan kat anak - anak kunci pintu pagar dan grill rumah jangan dibiarkan terbuka bahaya. Taktik terbaru kalau rompak mesti ambil kunci kenderaan kita....

Friday, March 16, 2012

GERAMNYA TENGOK COKLAT NI....


Salam jumaat buat semua

Seronok  tengok coklat ni macam - macam corak ada, bukan 1 yang dibawa balik tapi 1 beg tau....nasib baik makcik sporting bawalah...ambil lagi..banyak lagi tu

Coklat ni dapat masa anak - anak pergi rumah mak cik di kota warisan salak tinggi untuk majlis cukur jambul cucunya ahad lepas. Tahulah budak - budak bukan boleh jumpa coklat geram sungguh pada mereka 











p/s - sunyinya  cuma tinggal aeish dan afnan je kat rumah, abang - abangnya naik bukit tinggi bercuti kat sana ni gara- gara ajakan adik ipar sayalah nih sempena cuti sekolah...

Thursday, March 15, 2012

BABY LIPS UNTUK AEISH


Sekarang ni barang - barang seperti johnson baby oil dan lipstik janganlah letak ditempat rendah habis di main 
aeish

Johnson baby oil ni kalau aeish dapat habis satu badan dilumurnya. Saya pula dah tahu kalau aiesh tak ada depan mata sure adalah kerja yang sedang dilakukannya

Sebagai ganti lipstik saya yang telah dirosakkan oleh aeish hubby belikan baby lips maybelline lagi untuk aeish





Pagi - pagi sebelum hantar ke taska pasti aeish sapukan baby lips ni kat bibirnya. Tengoklah tu