Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, September 30, 2011

Pucuk Labu + Sardin Campur Rebung

petang semalam lepas balik kerja singgah kat pasaraya OTK Jalan Gombak

nak masak apa balik nanti

pusing punya pusing tangan mencapai  pucuk labu, sardin dan rebung

first time beli pucuk labu dulu dapat daun yang keras...uh..tak sedap betul nak makan

sekarang dah banyak kali masak ...terus suka

>
>
>
>
>




>
>
>
>
>

sardin campur rebung....ada ke yang pernah masak

saya pun inilah first time nak masak...ini hubby punya plan gitu

belum masak lagi tapi anak - anak dah komplen busuknya....bau apa ni..

dah masak oklah rasanya tapi bau rebung memang kuat, harumlah seisi rumah he..he.....






Thursday, September 29, 2011

Rezeki Di Penghujung Syawal....



hari ini saya sekadar ingin berkongsi rentetan kisah semalam atau ini kenangan manis buat saya, hubby dan mak

tiada niat walau sebesar kuman pun ingin menunjuk - nunjuk atas rezeki yang telah diterima malah bersyukur sesangat malah bolehlah ditambah apa yang kurang untuk perbelanjaan saya bulan ini...

>
>
>
>
>

emak :  yong,  nak isi borang ini (borang dari umno cawangan batu).. 28hb Sept nanti baru  dapat atau tidak

saya : nak buat apa ni mak????

emak : mak dengar sapa - sapa yang pernah mengundi kat sini, umno cawangan batu nak beri RM 200/=

saya : isi je ye mak mana tau ada rezeki...untuk hubby boleh ke..

emak : isi je

>
>
>
>
>

sms saya terima daripada pengerusi penduduk minta saya, hubby dan mak hadir untuk pengesahan sumbangan pada 28/09/2011 jam 12.00 tgh

ini sebahagian dari kisah semalam













sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Abas (Pengerusi UMNO Cawangan Batu)





>
>
>
>
>
>



ini first time kami penduduk di taman ini menerima sumbangan sekian rupa dari umno cawangan batu...

dengarnya di masa akan datang lebih banyak lagi yang akan dihulurkan...

semua itu rezeki dari Yang Esa...

Wednesday, September 28, 2011

Penat Berjalan Tapi Kenyang Makan

morning semua...

tengok kalender aaa.. ari ni dah 30 syawal, penutup bagi bulan syawal (bulan raya kita)

masih sempat lagi kot saya nak citer jenjalan raya yakni open house yang saya hadiri baru - baru ini

dari pagi hingga malam hari makan - makan...

pagi itu pergi open house site kat opis dulu mereka buat di Bgn PNB HQ..macam - macam ada sempat makan nasi beriani dengan pulut kuning je sebab kekenyangan dan perut tak berapa bagus

>
>
>
>
>

lepas tu saya ke.....



gambar ini saya bersama family kecuali hubby tak ikut sebab bekerja...kami ke rumah kakak sepupu di Glenmarie Residences Shah Alam (Dato Nazri (belakang gitu) & Datin Afizah Hashim (baju unggu lembut tu)

ini sebahagian gambar yang sempat saya snap..best lah kat sini dapat jumpa sanak saudara (sebelah arwah abah saya)











kak sepupu teacher Azmin Hashim, adik Datin Afizah ...geramnya dia sebab lama duk jumpa



 jangan mare tuan punya badan pun nak juga

>
>
>
>
>

ni yang pulak kami ke Kg. Melayu Subang Tambahan (rumah kakak sepupu lagi di sebelah mak )


>
>
>
>
>

last sekali ke Saujana Utama Sungai Buluh ( rumah adik lelaki saya..time ni badan dah penat penat giller)






p/s - hepi sesangat tahun ni, dapat pergi jenjalan jumpa sanak saudara yang dah lama tak saya kunjungi.....


















Tuesday, September 27, 2011

Aaaa...Lega Rasanya Hati Ini

uuuu..sebelum ini saya dalam dilema

nak daftarkan amzar (tahun depan umurnya 6 thn) ke

>
>
>
>
>




atau


>
>
>
>
>




tadika islam an najah sebelum ni dalam pembinaan, kini telah siap sepenuhnya dan pembelajaran telah pun bermula 

tadika kemas bersebelahan je dengan tadika islam

sekarang ni pun amzar saya hantar belajar di tadika kemas

>
>
>

hubby tetap dengan pendiriannya nak hantar amzar kat tadika kemas

serba salahnya saya sebab mak nak cucu kesayangannya he..he.. belajar di tadika islam

>
>
>
>
>

rupa -rupanya mak saya dah gi tanya kat guru kelas tadika islam untuk cucunya..

hubby pun mengalah dengan mak, tak  kisah katanya takut nanti bermasam muka dan tak baik menderhaka, kita dengar je cakap  orang tua..

ooooo... lega rasanya dah ada keputusan

p/s - thank you hubby sayang selalu

Monday, September 26, 2011

Homework Anak - Anak



terima kasih yang tidak terhingga buat adik ipar saya (Khairil Erfan Farhan Bin Taha) di atas kesudian beliau mengajar dan mendidik anak - anak saya 



( yang tengah tu le cikgunya....)

pelbagai teori dan teknik kiraan telah ditunjukkan kepada anak - anak saya. 1 beg homework telah diberikan oleh adik ipar saya untuk anak - anak membuatnya



homework ni setiap hari saya berikan kepada anak - anak malah sekarang mereka excited membuatnya, yang pasti denda yang saya kenakan kepada anak - anak 1 salah 1 rotan...



semoga dengan cara sebegini pembelajaran mereka akan lebih meningkat lagi dan lagi selain doa yang saya pohonkan dari Yang Esa...

Sunday, September 25, 2011

Rehat...Rehat..



salam hujung minggu semua..

disebabkan kepenatan yang masih berbaki kerna hari semalam hari makan - makan,  badan rasa lesu je

eh..eh..banyak makan ke semalam...tidak rasanya 

yang pasti jika satu hari suntuk tak dapat jamah nasi putih

memang begitu badan ni

masuk angin...masuk angin he..he..

esoklah nak entri pasal ce citer..ce citer semalam 

selamat beristirehat

Saturday, September 24, 2011

Hari Ini Hari Makan - Makan ..

hari ini dah masuk 26 syawal..orang kata kita dah dipenghujung bulan syawal

mungkin minggu ni baru ada kelapangan, itu yang kengkawan, rakan - rakan opis, jiran - jiran dan sanak saudara kita mengadakan open house mereka




saya pun tidak terkecuali

hari ini je ada 4 jemputan pergi makan - makan raya

aahaa.. .. sampai ke malam lah nampaknya, tak pa esok kan cuti

yang pasti perut mesti penuh..he..he...

mudah - mudahan kita semua berhati - hati di jalanan

Friday, September 23, 2011

Geramnya Dengan Orang - Orang Ini..

Amboi - amboi entry kali ini takutnya ...dengan siapa pulak qhaifa nur ni geram

hiss...hiss

sebenarnya nak tulis pasal orang - orang ni

>
>
>
>
>


( mat bangla - ambil kat google )

pagi tadi bertembung dengan seorang mat bangla ni dalam lif semasa saya menuju ke opis

 geramnya siap senyum - senyum dan kenyit - kenyit mata gitu (dalam hati buat tak tau je seolah - olah tak nampak)

eeee..geramnya

mulalah saya teringat kembali pengalaman dulu - dulu

masa tu pregnant anak ke 3, tunggu train kat bukit jalil nak gi opis adalah mat bangla ni pandang - pandang kemudian senyum kat saya..saya buat dono je

last - last dia mai datang kat saya siap minta no. hp lagi dengan alasan nak ajak keluar makan (dalam hati saya cakap gila ke dia ni..tak nampak ke perut saya yang besar ni)

Apalagi blah lah jangan tunggu, cari tempat lain, semenjak dari hari itu kalau jumpa orang - orang sebegini memang enti punya

mereka ni tak kira isteri orang ke, tunang orang ke.janji dapat

yang ni pun tidak kecuali juga patut kita elakkan

>
>
>
>
>


(mat negro - ambil kat google juga)

kita semua dah tahu banyak keburukan dari kebaikan patut dielakkan

Thursday, September 22, 2011

British Butter Cookies

tengok apa yang my hubby bawa balik rumah

>
>
>
>
>


semua ini untuk siapa?????

untuk siapa?????

untuk anak - anak lah

lebih - lebih lagi aeish suka sangat dia

>
>
>
>
>





hari tu di tingkat bawah opis hubby ada promosi..tu yang beli banyak 

memang sedap tapi tak boleh makan banyak cepat muak..

Wednesday, September 21, 2011

Cekodok Pisang..

Balik dari rumah mertua hari tu saya ada bawa balik pisang kukulang (saya panggil pisang relong)

Malam tadi ada terbau macam pisang dah masam

Apalagi saya pun lenyek- lenyek pisang kukulang tu dan terus simpan dalam peti sejuk, esok pagi boleh buat cekodok pisang



Tiba - tiba saya teringat pesan mak mertua kalau nak sedap cekodok pisang yang kita goreng, bila keluar je dari peti sejuk terus cepat - cepat digoreng dalam keadaan sejuk, jangan tunggu dah

Baru sedap nak dimakan terasa pisangnya

Pagi tadi saya cuba test memang lain rasanya

Cubalah 

Orang - orang tua kita ni memang banyak petua, rugilah rasanya kalau kita tak ambil

Tuesday, September 20, 2011

Cedih Tak..

mesti ada yang sedih bila tengok KASIH ALIA semalam

memang tragis, pilu, kasihan dan macam - macam lagi lah




petang nanti kita ramai pakat tengok apa kesudahan citer ni..

Apa Nak Jadi Dengan Dunia Hari Ini...

pagi semalam seorang teman opis bercerita kepada saya tentang satu kejadian yang berlaku di depan mata

kisah ragut yang mengerunkan @%$&*??


2 lelaki bermotosikal ingin meragut 1 pasangan suami isteri bersama seorang anak kecil

yang geramnya anak kecil itu dijadikan tebusan dengan meletak pedang samurai dilehernya


si isteri pula kain tudung yang dipakai disentap dengan kasar berharap sesangat ada memakai rantai leher

manakala si suami hanya terdiam kaku, jika melawan akan berlaku kejadian yang tidak ingini

dalam situasi sebegini orang sekeliling hanya mampu memerhati dari jauh mungkin : -

@ ada pedang samurai atau lain - lain senjata
@ sayang akan nyawa sendiri 
@ entahlah susah nak cakap jika berlaku

pasangan dilepaskan sebab dah dapat apa yang dihajati oleh penjenayah

bagi saya di dunia ini hanya insan yang jiwa kental dan apa orang cakap berani mati je yang sudi membantu

semoga ada pembalasan yang sewajarnya dari Yang Esa untuk penjenayah - penjenayah sedemikian

p/s  - pernah juga jadi mangsa ragut dulu2 masa tu dalam bas...esoknya baru perasan wallet hilang
rakan - rakan bagaimana?



Monday, September 19, 2011

Aida Aeish Yang Baru....

Lengkap sudah perhiasan diri buat aeish (kecuali cincin) ....

Ari tu nasib baik perasan, kalau tidak kena beli yang baru bukannya apa sebelum ni dah dipakaikan rantai dan gelang tangan emas pada aeish..

tup..tup dalam diam dia buka gelang tangan tu...

sekarang ni emas dah lah mahal...cepat dengan lambat je dapat ganti yang baru

bincang dengan hubby kita gantilah dengan silver dulu dah cerdik baru boleh dipakaikan gold tu balik..lagipun bahaya kanak - kanak dipakaikan gold ni...




 (semua paten mickey tau..)

kalau tidak dipakaikan aeish perhiasan diri ni..nampak sangat aeish gegirl yang lasak

mana taknya abang - abang ada 4 orang, apa yang si abang nak buat dia pun nak try juga ...pening sikit kepala 


tengoklah bila dah ditindikkan telinga baru nampak ayu sikit anak dara sorang ni..he..he..

bagus juga budak tu tindik, tidak bernanah atau merah pulak, nampak selesa bila aeish pakai

Saturday, September 17, 2011

Berbudi Pada Tanah...Banyak Hasilnya

Semenjak ayah mertua pencen dari Felda 5 tahun lalu 

Dan berpindah dari Felda Palong 3..... terus duduk di Puchong ni 
Tak duduk diam dibuatnya ada saja kerja yang dibuat untuk isi masa lapang beliau

Beliau minat sungguh bab landskap dan berkebun tau

Sekarang ni pun beliau dah ada kebun (buat kat tanah rizab jalan tepi highway menuju KLIA)

Terperanjat saya baru-baru ni..adalah pergi kebun untuk ambil serai..

Rupa-rupanya macam-macam yang beliau tanam..ya allah semuanya menjadi..yang paling banyak tanam pokok pisang


seronok betul kalau datang sini macam-macam ada

Ni nak cerita sikit saya kalau balik sini pisang goreng, cekodok pisang dan lempang pisang tak pernah miss

Petang semalam dan sarapan pagi ni pun dengan pisang goreng


Berbudi pada tanah banyak faedahnya..

Friday, September 16, 2011

Tak Da Rezeki La...Lain Kali


Sana sini orang buat open house..tengok rakan - rakan blogger juga tak terkecuali dapat undangan

Tengok pulak hari ni cuaca mendung


Tu lah baru - baru ni saya dapat SMS dari kenalan lama yang dah 8 tahun tak jumpa, jemputan open house rumahnya pada 17/09/2011 di Sri Gombak

Dah la tu kat kawasan rumah saya pulak malam nanti UMNO Batu buat open house juga dengarnya besar besaran, tengok khemah yang telah dipasang mak oii takut.... 




Tup tup balik kerja petang semalam hubby kata kemas baju, jom kita balik rumah mak (mertua)

Dalam hati berkata tak dapat nak pergi pada agenda yang telah dirancang, nak buat macamana dah tak ada rezekilah tu...

Walaupun rumah mertua kat puchong nak patah balik ke sana aduhai malasnya...

Thursday, September 15, 2011

Afnan & Aeish Kat Taska...


Alhamdulillah dan bersyukur kepadamu tuhan kerna mempermudahkan segala urusanku selama ini...

Bukannya apa saya ada hantar 2 orang anak (afnan / aeish ) kat taska berhampiran dengan kawasan rumah, alhamdulillah mereka berdua dijaga dengan baik

Afnan saya hantar semasa umurnya 4 bulan sehingga sekarang nak masuk 4 tahun manakala aeish dari umurnya 2 bulan sekarang 2 tahun.

Terima kasih untuk Cik Pah (pengasuh) anak umurpun dah masuk 60 thn...walaupun tegas tapi penyayang

Saya selalu pesan kat Cik Pah, kalau anak anak saya nakal atau buat perkara / cakap yang tak elok marahkan je, kalau nak rotan boleh tapi mesti dari pinggang ke bawah...(setakat hari ni rotan tak pernah lagi)..saya tak kisah untuk kebaikan anak-anak


Pagi - pagi hantar anak, mereka dah tahu tempat masing-masing, terus duduk atau baring...ala baiknya anak-anak mama (ialah dah bertahun duduk kat situ)


Mengantuk lah tu nak tidur...


Keadaan dalam taska


Cik Pah baju putih, muka tak nampak sebab malu bergambar...


Duduk elok- elok ya sayang...nanti petang mama ambil

Taska ni pilihan ke 2 saya, sebelum ni ada hantar anak kat taska ??????..2 bulan hantar afnan kat situ, pada tu umur afnan 4 bulan asyik menangis sesaja sampaikan bos taska hantar SMS minta saya dan hubby carikan ubat atau jumpa bomoh supaya afnan jangan nangis

Terkejut saya ada ke ubat...sampai sekarang saya masih simpan SMS mereka..

Semua itu saya jadikan kenangan untuk diri sendiri dan masih terpahat dalam sanubari saya