TEMAN ALAM MAYA KU......

Sunday, July 31, 2011

ANAK SEMBAHYANG TERAWIH....


Sejuk rasanya perut mama sebab anak mama along, angah & alang selalu ke masjid.

Hari ni tak sabar pula nak pergi sembahyang terawih dan berpuasa esok hari, semoga anak mama tabah menempuh bulan yang paling dinanti yek..syukur alhamdulillah..

Semoga anak mama menjadi anak yang soleh & mendengar kata papa mama..amin

Friday, July 29, 2011

PUSING BALIK...SELAMAT


Kul 4.30 pg terbangun, jenguk kat luar tingkap...hujan lebat + angin..sambung tido balik...

Anak - anak pergi sekolah masih hujan lagi, time nak hantar adik gan afnan kat taska hujan dah berhenti tapi hubby cakap jom gi dengan kereta lah rasa nak hujan lagi ni...

Baru sampai simpang dekat rumah jalan dah jem..sempat dengar kat radio sinar KL jem yang luar biasa ari ni.

Lepas hantar anak kat taska pusing balik rumah tukar naik motor la...uuuu nasib baik, he..he..semua jalan jem teruk gara - gara hujan yang turun pagi ni.

10.00 pagi baru office buka...

Wednesday, July 27, 2011

AJAR ANAK MENGAJI


Dah tak tau nak hantar kat sapa untuk ngajar anak mengaji...

Sebelum ni dah hantar anak mengaji kat Ustazah tu...bila masuk tahun baru, daftar sekali anak yang ke 2 tup..tup..tup banyak pula alasan : -

 1. Sudah penuh
 2. Tak ada masa nak ngajar ngaji sebab dah buka kelas kat tempat lain
 3. Ibu Bapa tak ambil berat semua serah kat ustazah ( tak semak kat rumah )
 4. Nak naik bayaran dari RM 40 ke entah la..

Kebetulan anak mengaji sekolah agama petang minta bantuan ustaz..katanya orang umah dia pon ngajar ngaji
uh..uh  nasib baik ada.

Adui..dengar sekarang ni orang umah ustaz bersalin dan akan pindah rumah lain

Kasihannya anak - anak mama..semalam kuatkan semangat tak palah biar mama yang ajar, mama tidaklah sebijak mana tapi mama bersyukur dapat ajar anak - anak sendiri.

Mama sentiasa berdoa semoga tuhan merestui apa jua yang kita lakukan kerna dia yang lebih mengetahui segalanya..amin..amin

Monday, July 25, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI...


Tak sabar menanti Ramadhan bulan keberkatan...

Teringat kembali puasa aku yang sudah - sudah sepanjang 10 tahun lalu, sentiasa penuh..mana tidaknya asyik mengandung...he..he..he..

Tahun ni bermulalah tahun aku akan ganti puasa hua..hua..hua..

Tahun ni aku dah berehat panjang ?????. Bersedialah untuk mengganti puasa.

Tak sabar rasanya nak tengok anak- anak yang tengah bersemangat untuk berpuasa. Lebih - lebih lagi Azeem 7 thn, tahun lepas penuh ibadah puasanya. Amzar 5 thn macamana pula tahun ni...

Aku pohon darimu tuhan supaya engkau berikan kesihatan yang baik, permudahkan ibadah puasa kami dan engkau berkatilah apa jua yang kami lakukan..amin

Thursday, July 21, 2011

PENTINGNYA MINUM AIR 8 GELAS SEHARI


Kajian Dr. Margaret McCartney dari Glasgow menyatakan minum banyak air tidak elok untuk kesihatan.

Hujah beliau minum banyak air ketika tidak dahaga, boleh menggangu daya penumpuan seseorang dan bahan kimia yang digunakan untuk menyah jangkitan kuman dalam air botol juga tidak elok untuk kesihatan. Mungkin itu antara salah satu kajian beliau.

Bagi kita rakyat Malaysia pula yang sedia maklum, dengan minum 8 gelas sehari itu baik untuk kesihatan. Ia benar bagi saya.

Dari pengalaman yang saya alami khususnya  wanita yang sedang meningkat usia dan juga  ibu yang lepas bersalin kurang minum air akan menganggu sistem penghadaman kita dan lain-lain lagi. Ini telah saya alaminya sendiri.

FLORIA 2011 - PUTRAJAYA

Berkunjung lagi kami ke Putrajaya sempena FLORIA 2011 - Ros Selamanya.

Huyooo cantikkknya, terpukau sekejap dengan tatahias bunga-bungaan, bau ros harum semerbak. Ramainya orang  tak usah cakap maklumlah hujung minggu.

 Anak sentiasa ditangan..macam-macam boleh berlaku. Aku dan suami rasa tak puas kali ini, tak semua kami dapat lihat biasalah anak-anak bermacam ragam dibuatnya.

Last-last kami ke bilik pameran kat depan tasik, duduklah berjam-jam kat situ sampai malam.........

Sempat lagi singgah ke vote Kementerian Perlancongan, ada contest..anak-anak buat topeng muka, suka la mereka mewarna tapi kami tak balik dengan tangan kosong tau..dapat beg + topi....

Nasib baik perut tak meragam time ni bukannya apa toilet asyik full sesaja, berjela-jela panjangnya.

Yang best dapat tengok bot berhias + bunga api depan mata gitu.....









Tuesday, July 19, 2011

MANDI KAT LENTANG, PAHANG

Dapat juga bawa anak-anak pergi mandi kat Lentang selepas selesai kenduri kat umah Ayah Acik petang tu.

Sebelum ni pernah datang sini tapi masa tu lepas hujan airnya keruh yang amat sangat.

Sangat sesuai bawa anak-anak mandi manda sebab airnya cetek aje, tak bahaya tapi kena pandang-pandang juga.







FELDA LURAH BILUT (170711) - HAJAR ENGAGED....

Ye ke..hajar nak bertunang, terkejut la juga, muda lagi he..he..he...

Last pergi umah ayah acik masa aku muda-muda dulu..sekarang dah anak 5, lamanya tak datang sini. Bayangkan dari umah ayah acik.....??? biasa la rumah felda macamana bentuknya..sekarang dah buat umah batu cantik..

Ingat lagi masa datang sini dulu takut sangat keliling hutan sesaja, sekarang dah lain. Ala bukannya jauh pun Batu Caves ke Lurah Bilut ni..ahaaa nak dengan tak nak datang je. Ramai juga family yang hadir.




                               Inilah Ayah Acik Hamid saya..





Tengah asyik tengok Mak Acik buat ice blanded..

Thursday, July 14, 2011

BAJU + TEAM BOLA





Salam,

Entry kali ni nak story pasal baju + team bola...

Tak terlintas pulak nak belikan mereka baju bola macam tu..mungkin sebab papanya bukan kaki bola kot. TQ kat nenek atas present baju + cermin mata yang cute tu..tak sangka kali ini nenek pergi Langkawi belikan untuk mereka, boleh buat satu team bola la hu..hu..

Adik pun nak tumpang sekaki yek..

Friday, July 8, 2011

AEISH DEMAMMMM


hu...hu..hu gegirl mama selsema dan demam....
pukul 3 pagi aeish main gelak - gelak dengan mama
tak boleh jadi ni masuk buai cepat..
syoknya tengok my hubby sedang lena diulit intan
nasib baik hari ini aku cuti tapi masih blur + pening lalat lagi pagi ni
nanti cover balik

Wednesday, July 6, 2011

MENCINTAI KEAMANAN...





Bulan Sya'aban bulan persediaan untuk umat islam menyambut Ramadhan
Kini kita pula diganggu dengan isu Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)

Kita juga perlu bimbang jika diizinkan olehNYA, mungkin berlaku keadaan yang tidak terkawal sehingga boleh memecahkan belahkan perpaduan dikalangan pelbagai rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum

Mungkinkah peristiwa 13 Mei pasti berulang, minta dijauhkan

Sepatutnya sebagai umat islam kita mesti hindari perkara yang boleh membawa ke arah kehancuran dan perlu berlumba-lumba dalam membuat kebaikan malah memperbanyakkan lagi amalan yang baik

Semoga selamat perjalanan mak dan adik yang akan ke Langkawi minggu ini........

Tuesday, July 5, 2011

WEEDING KAT PRESINT 9























Aha..ahaa ini cuma sebahagian gambar kahwin kat putrajaya pada 0307011.
Dapat juga gambar En. Taha Mohamad (bapa mertua tersayang) ni, handsome gitu
Banyak peristiwa kat sanun.....
Kenduri ni untuk kedua belah pihak lelaki dan perempuan
Sampai tak cukup makanan, aku dan suami kenalah kongsi nasi nak tunggu lambat giller 2
Anak terpaksa ambil nasi wan dan tuknya kalau tak berlapar
Yang kesihannya makan beradap untuk pengantin sehingga jam 2.30 ptg tak sampai - sampai
Alahai pengantin posing makan nasi kosong je....sedih bangat
Macamanalah tuan punya catering ni plan....

Yang best aku dapat ambil gambar yang menarik untuk kenangan keluarga kat sanun...........

AMZAR LAGI...



Semalam wish kat amzar, buat - buat la tanya alang nak apa...
Angah ada kek , alang pon nak juga
Teng teng alang ada kek juga suka sangat dia
Semalam mak puasa kami berbuka bersama
Aduh macam - macam ada
Itu rezeki namanya..syukur

Monday, July 4, 2011

BUFDAY BOY - AMZAR



Hari ini 4 Julai 2011,seorang lagi anak kesayangan mama Qhaifa Nur Amzar Bin Khairul Anuar menyambut bufday yang ke 5 tahun.

Mama & Papa berdoa agar amzar menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya dalam apa jua yang amzar buat.

Anak mama yang busyuk ni selalu menjadi perhatian orang sekeliling, orang kata apa 'handsome boy' gitu.






Happy bufday sayang....

KARI TELUR....

Semalam pergi kenduri kahwin sepupu di sebelah mak mertua kat putrajaya
Apalagi dapat bunga telur banyak juga la
Untuk makan malam nanti nak masak apa yek...
My hubby cadang kita masak kari telur
Aha..ahaa my hubby dah bisik kena tengok macam mana mak dia masak, yang mana masak kari ni setahun sekalipun susah mak mertua nak masak






Banyak juga petua yang mak mertua bagi untuk masak kari yang sedap ni
Rupanya kari mak ni ada ikan bilis dan cili kering, satu lagi yang penting api jangan besar
Hasilnya memang menjilat jari
Nak cuba buat la...

Saturday, July 2, 2011

PIZZA HUT....

Plan hari ni pergi Balakong kenduri kahwin sebelah keluarga suami

Majlis nikah lepas zohor. Mak mertua call awal lagi dia datang lambat sikit, kalau macam tu jalan-jalan la dulu.

Dalam kereta afnan berkata dah lapar ni nak makan nasi la..cepatlah buka barang yang mama bawa tu.

My hubby kata tak boleh jadi ni kena singgah kedai makan, nak makan di Sekinchan Ikan Bakar baik tak payah sebab my mother baru-baru ni dah pergi mahal yang melampau katanya.

Sudah nampak JUCSO apa lagi makan kat...




Di sinilah kami makan tengahari...

Tengah syok-syok window shopping mak mertua call x sampai lagi ke..hot lah dia sekejap

Esok nak ke Putrajaya majlis resepsinya kat sana